Skip to main content
Berita TempatanLabuanWilayah Persekutuan

JBPM Labuan Bakal Terima Balai Ibu Pejabat Baharu

By 23 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian

LABUAN, 23 Jan (Malaysiaaktif)-“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan bakal menerima Balai Ibu Pejabat yang baharu di Rancha-Rancha bagi menggantikan balai ibu pejabat sedia ada di Kampung Jawa Labuan.

“Ibu pejabat baharu tersebut yang dijadualkan siap pada April ini dengan kos RM27 juta turut mempunyai sebuah balai kategori D yang akan diisi oleh pegawai bomba bantuan yang akan memantapkan lagi perkhidmatan JBPM Labuan kepada masyarakat Labuan.

Zainal (berdiri tengah) menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Pengarah JBPM Labuan

Zainal (berdiri tengah) menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Pengarah JBPM Labuan

Demikian kata Pengarah JBPM Labuan, Zainal Madasin selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2018 JBPM Labuan di Padang Kawad JBPM Kampung Jawa, di sini, pagi tadi.

Tambah Zainal, dengan terbinanya ibu pejabat baharu tersebut, JBPM Labuan turut menambah beberapa lagi perjawatan yang diberikan kepada JBPM Labuan.

“Pada tahun ini pihaknya bercadang akan meneruskan Program Fat2Fit yang telah dimulakan pada tahun lalu sebagai saluran untuk memastikan setiap anggotanya mempunyai tahap mental dan fizikal yang baik supaya penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat amat membanggakan.

“Antaranya Ekspedisi Kayak Rentas Sempadan (Labuan ke Brunei) akan dilaksanakan pada tahun ini selain program mendaki Gunung Kinabalu, Trail Banjaran Crocker dan lain-lain aktiviti yang mampu menambah tahap kecergasan mental dan fizikal seluruh warga JBPM Labuan,” tambahnya lagi.

Zainal (kanan sekali) turut memakaikan lencana kenaikan pangkat salah seorang warga JBPM Labuan.

Zainal (kanan sekali) turut memakaikan lencana kenaikan pangkat salah seorang warga JBPM Labuan.

Majlis Perbarisan Tahunan 2018 yang diadakan serentak di seluruh Negara hari ini turut menyampaikan amanat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim yang disampaikan oleh Zainal kepada para anggotanya pagi tadi.

Pada majlis itu juga, Zainal turut menyaksikan Majlis Serah Tugas Timbalan Pengarah JBPM Labuan PgKB II Abd Rahman Ali kepada PgB Kenneth Wilfred serta menyampaikan sijil cemerlang kepada warga JBPM Labuan.

SF

Tinggalkan komen anda