Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

JPP Sumbang Kerusi Roda

By 17 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Robani Nabi Ahmad / Mohd Anizan Daud (Kelantan)

KOTA BHARU, 17 Jan, (Malaysiaaktif) –  Tidak pernah menyangka bahawa anak ketiga daripada tujuh beradik milik pasangan suami isteri Shukri Harun, 54, dan Rahana Mohd Hasan, 47, mengalami kecacatan serta hilang upaya akal setelah terjatuh dari sofa  ketika berusia enam bulan.

Walaupun berumur 21 tahun kini, Anis Sofea Shukri  tidak mampu mengurus diri sendiri dan pergerakkanya terbatas malah telatahnya masih seperti seorang bayi kerana minum susu menggunakan botol serta tidur di dalam buaian.

Keadaan Anis sofea yang tidak mampu menguruskan diri sendiri akibat kecacatan yang dialaminya.

Keadaan Anis sofea yang tidak mampu menguruskan diri sendiri akibat kecacatan yang dialaminya.

Menurut ibunya Rahana, pergerakkan anak perempuannya terbatas kerana kerusi roda yang digunakan hasil sumbangan persendirian tidak sesuai untuk Anis.

“Anis akan merengek jika berada di atas kerusi roda, kemungkinan kerana tulang belakangnya bengkok dan ini menimbulkan rasa tidak selesa,” jelasnya.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Wan Azizi Wan Abdul Ghani, berkata beliau telah mendapatkan bantuan kerusi roda khas pelbagai fungsi bagi memudahkan pergerakan Anis daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP) .

“Kerusi roda ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori seperti tali pinggang keselamatan untuk menghalang pengguna daripada jatuh dari kerusi roda, dan ia sangat sesuai untuk anis kerana tidak mempunyai kekuatan tulang belakang.

“Manakala kusyen atau pelapik tempat duduk  menggunakan fabrik yang lembut serta memberi keselesaan sepanjang menggunakan kerusi roda,” katanya.

Tambah Wan Azizi, Anis Sofea juga menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan bagi membeli keperluan seperti susu dan lampin pakai buang.

 

-SH

Tinggalkan komen anda