Skip to main content
Berita SelatanHomeMelaka

Ziarah Kasih ; Rakyat Tidak Dipinggirkan

By 17 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Rosli Husain (Alor Gajah)

DURIAN TUNGGAL, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Bantuan berterusan kepada mereka yang kurang berkemampuan terus dilaksanakan oleh kerajaan, bagi memastikan golongan ini tidak terpinggir dengan kemakmuran yang dikecapi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Durian Tunggal, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip ziarah kasih ini merupakan program bulanan yang dijalankan disetiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terdapat didalam kawasan DUN Durian Tunggal.

Wahab (tengah) semasa program Ziarah Kasih di Kampung Belimbing Dalam, semalam.

Wahab (tengah) semasa program Ziarah Kasih di Kampung Belimbing Dalam, semalam.

“Program ziarah kasih adalah satu kaedah yang paling tepat dan sesuai untuk saya mengetahui, menemui dan menyaksikan sendiri kehidupan rakyat yang dalam kesusahan dan perlu dibantu,” katanya.

Penerima sumbangan, Ngatinah Kanin, 56, bersyukur di atas keprihatinan pihak kerajaan terhadap rakyat sepertinya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan, dengan bantuan ini sudah pasti dapat meringankan beban saya sekeluarga dalam urusan keperluan harian,” ujar Ngatinah.

Manakala warga emas, Minah Leman, 81, melahirkan perasaan terharu. Biarpun sumbangan kecil tetapi amat bermakna buat dirinya.

Seramai 10 penerima bantuan telah dikunjungi di Kampung Belimbing Dalam, semalam untuk program ziarah kasih.

Setiap rumah yang dikunjungi menerima bantuan makanan yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong dan wang tunai RM100 dari ADUN Kawasan Durian Tunggal, Datuk Wira Hi Ab Wahab Ab Latip.

 

-SH

Tinggalkan komen anda