Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

‘Jualan Muroh Ko Rakyat’ Diserbu

By 31 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Wan Seman Wan Bedollah & Mohd Noor Mahmuddin (Jeli)

JELI, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Penduduk sekitar Jeli hari ini mengambil peluang menyerbu ‘Jualan Murah Ko Rakyat’ yang diadakan di Dataran Rehat dan Rawat (R&R) Jeli, Kampung Gemang hari ini.

Turut hadir ke program tersebut Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan (KPDNKK) Negeri Kelantan, Datuk Ab. Ghani Harun.

Mustapa turut hadir sempena 'Jualan Murah Ko Rakyat' di Dataran R&R Jeli, siang tadi.

Mustapa turut hadir sempena ‘Jualan Murah Ko Rakyat’ di Dataran R&R Jeli, siang tadi.

Menurut Mustapa Program Jualan Muroh Ko Rakyat Parlimen Jeli yang diadakan buat julung kali ini diharap dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

“Secara tidak langsung mendorong para peniaga untuk turut mengikut jejak yang sama dan menurunkan harga barangan keperluan pada masa depan.

Tambah Mustapa lagi, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan beliau berusaha untuk mengadakan program seumpama ini di Perlimen Jeli dua atau tiga kali sebulan mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Inisiatif ini juga diharapkan dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat, terutama dalam menguruskan perbelanjaan dapur mereka,” katanya.

Orang ramai mengambil kesempatan membeli barang keperluan harian yang dijual dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

Menurut suri rumah, Noor Juma Mokhtar, 32, program ini amat baik dan membantu meringankan beban kos hidup rakyat.

Pengunjung berebut nendapatkan barangan keperluan harian yang dijual lebih murah daripada harga pasaran.

Pengunjung berebut nendapatkan barangan keperluan harian yang dijual lebih murah daripada harga pasaran.

“Malah, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan harian mereka yang berkualiti pada harga murah dan lebih rendah berbanding harga pasaran biasa,” ujarnya.

Seorang lagi pengunjung Nashrudden Abd. Rahman, 45, menyatakan melalui program ini, kos sara hidup dapat dikurangkan.

“Selain dilihat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, program ini secara tidak langsung harga barangan di kawasan lain juga dapat diturunkan sekaligus kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan,” jelas Nashrudden.

Program anjuran KPDNKK Negeri Kelantan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ini turut menawarkan 20 barangan keperluan asas seperti ikan, ayam, cili, beras, minyak masak, gula, dan telur.

Dataran R&R Jeli telah dikunjungi orang ramai seawal pukul 8.00 pagi biarpun jualan hanya dibuka mulai 9.00 pagi. Semua barang habis dijual dalam tempoh 3 jam.

-SH

Tinggalkan komen anda