Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ribuan penganut Hindu meraikan Thaipusam di Johor Baharu

By 31 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Hampir 8,000 orang menyambut keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ke Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Taman Desa Rahmat, di sini, hari ini.

Hampir 8,000 orang sambut keberangkatan tiba Sultan Johor di Kuil Sri Subramaniar, Taman Desa Rahmat, di sini, hari ini.

Hampir 8,000 orang sambut keberangkatan tiba Sultan Johor di Kuil Sri Subramaniar, Taman Desa Rahmat, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan kepada 20 orang anak yatim dari Kuil Sri Subramaniar dan menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Pengerusi Persatuan Sree Satguru Ragavendra Swamy Peedam, C. Kumar untuk diberikan kepada 25 orang anak yatim dari Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Sultan Johor berkenan menyampaikan cek sumbangan RM2,000 kepada Pengerusi Persatuan Sree Satguru Ragavendra Swamy Peedam, C. Kumar.

Sultan Johor berkenan menyampaikan cek sumbangan RM2,000 kepada Pengerusi Persatuan Sree Satguru Ragavendra Swamy Peedam, C. Kumar.

Baginda tiba pada jam 12.00 tengahari dan disambut oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R.Vidyananthan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Turut berangkat menghadiri majlis berkenaan adalah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim Iskandar menerima cenderahati yang disampaikan oleh Penegerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R.Vidyananthan.

Sultan Ibrahim Iskandar menerima cenderahati yang disampaikan oleh Penegerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R.Vidyananthan.

Kuil Sri Subramaniar ini telah dibuka pada tahun 1923 dan telah menyumbang kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kawasan parlimen Pulai seperti sumbangan makanan kepada anak yatim setiap bulan, lawatan penyakit kanser di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail serta sumbangan kepada golongan yang memerlukan semasa musim perayaan pelbagai kaum di kawasan ini.

Pada tahun 2020, Kuil Sri Subramaniar akan meraikan Perayaan Kumbabishegam ketiga terbesar sejak penubuhannya.

– MRR

Tinggalkan komen anda