Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Kerjasama IJN-Medtronic Buka Era Baru Teknologi Kardiovaskular

By 23 Januari 2018Januari 24th, 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan & Foto oleh: Sharifah Hazwani Syed Mahusin & Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Institut Jantung Negara (IJN) mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama di Asia Pasifik yang mengendalikan cubaan pertama generasi kedua Medtronic Micra Transcatheter Pacing System (TPS) ke atas pesakit yang menghidap bradycardia iaitu denyutan jantung perlahan atau tidak menentu.

Inovasi dari teknologi telah menghasilkan pacemaker Micra Transcatheter Pacing System (TPS)

Inovasi dari teknologi telah menghasilkan pacemaker Micra Transcatheter Pacing System (TPS)

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr. Mohd Azhari Yakub menyatakan IJN telah mengendalikan pembedahan klinikal Micra TPS generasi kedua ke atas lebih 20 pesakit dan menunjukkan hasil yang positif setakat ini.

Menurut Azhari, Micra TPS generasi pertama pula telah dilancarkan pada tahun 2015 dan seramai 200 pesakit jantung, kebanyakannya terdiri dari warganegara Malaysia telah menjalani implan itu.

“Rentetan itu, IJN merupakan institut perubatan pertama bekerjasama dengan Medtronic, pengeluar peranti perubatan terbesar di Amerika Syarikat dalam pengendalian ujian klinikal Micra TPS generasi kedua, di mana alat peranti ini menawarkan terapi inovatif dalam pemulihan kesihatan jantung dengan kadar torehan paling minimum,” katanya.

Dr. Azlan Hussin sedang menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang Micra TPS generasi kedua dalam sidang akhbar, di sini semalam

Dr. Azlan Hussin sedang menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang Micra TPS generasi kedua dalam sidang akhbar, di sini semalam

Sementara itu, Pengarah Klinikal Elektrofisiologi & Penanaman Peranti (Electrophysiologist & Implantable Devices), Dr. Azlan Hussin, berkata teknologi pengatur denyut termaju ini ditanamkan terus ke dalam jantung melalui urat femoral dalam masa yang bagi singkat, iaitu 50 – 60 minit sahaja.

“Tidak seperti pacemaker konvensional, peranti inix hanya berukuran seperti sebutir kapsul vitamin di mana ia boleh diimplan terus pada jantung dan tidak memerlukan pembedahan di bahagian dada pesakit bagi membentuk poket di bawah kulit, seterusnya turut menyingkirkan potensi wujudnya sumber komplikasi secara tidak langsung.

“Micra TPS menggunakan alat serampang ‘tines’ untuk menghantar denyutan elektrik menerusi elektrod pada akhirnya ke jantung bagi menetapkan denyutan jantung dalam kadar normal.

“Penggunaan bateri Micra TPS generasi kedua ini tahan lebih lama dan boleh disambungkan ke aplikasi khusus bagi memudahkan pemantauan kadar kesihatan jantung pesakit tanpa melalui pemeriksaan di hospital dari semasa ke semasa,” katanya.

David Cleghorn sedang mempamerkan Micra TPS generasi kedua keluaran Medtronic yang hanya seberat 2g

David Cleghorn sedang mempamerkan Micra TPS generasi kedua keluaran Medtronic yang hanya seberat 2g

Dalam pada itu, Pengarah Perhubungan Kumpulan Kardiak & Vaskular Asia Pasifik, David Cleghorn, berkata masyarakat Malaysia sangat bertuah kerana menjadi antara negara terawal yang menikmati rawatan jantung menggunakan teknologi paling termaju ini.

“Lebih 10 tahun Medtronic berkolaborasi dengan IJN dan IJN menjadi antara pilihan utama Medtronic dalam mengkaji teknologi perubatan baharu bagi memenuhi keperluan rawatan perubatan paling berkualiti dan terbaik kepada masyarakat dunia,” jelasnya.

Di samping itu, IJN turut melatih lebih 80 pakar perubatan dari Australia, Korea, Hong Kong, Singapura, India, Thailand, Filipina dan Malaysia berkenaan teknologi ini sejak Disember 2015.

Perbandingan saiz antara pacemaker konvensional terdahulu (kanan) dan Micra TPS, pacemaker paling terkecil di dunia

Perbandingan saiz antara pacemaker konvensional terdahulu (kanan) dan Micra TPS, pacemaker paling terkecil di dunia

– AH

Tinggalkan komen anda