Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Lagi Banyak Beli Lagi Jimat

By 30 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & foto: Suzilawati Kamarudin & Jamilah Sulaiman

SIKAMAT, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang berlangsung selama tiga jam di Padang Awam Taman Desa Rhu, Sikamat, pagi mendapat dengan sambutan luar biasa. Rata-rata kawasan ini dibanjiri oleh suri rumah dari kawasan sekitar Sikamat dan taman persekitaran.

Program di peringkat parlimen, dalam Negeri Sembilan ini dijangka akan berlanjutan sehingga Jun nanti dengan mendapat kerjasama pasar raya Econsave, FAMA, Syarikat Faiza Berhad, Persatuan Nelayan Cawangan Negeri Sembilan dan banyak lagi peniaga.

Pegawai Pemasaran Syarikat Faiza Bhd ketika ditemu ramah

Pegawai Pemasaran Syarikat Faiza Bhd ketika ditemu ramah

Menurut Jawatankuasa Bertindak kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Ampangan, Datuk Ubaidah Datuk  Redza, program baik seperti ini dapat diadakan di sini setiap bulan memandangkan sambutan dan reaksi gembira pengunjung.

Sementara itu, Pegawai Pemasaran, Syarikat Faiza Berhad, Mohd Hardy Ali, berkata harga beras Super Tempatan Faiza di kedai runcit ialah sekitar RM26.

“Di pasar raya dijual pada harga RM23, tetapi pada hari ini kami menjual 200 kampit beras 10kg dan 5kg pada harga RM22 dan RM11.

“Walaupun, pengurangan harga hanya RM1, tetapi penjimatan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung yang membeli produk kami pada hari ini,” ujarnya.

Antara barangan keperluan dapur yang turut dijual ialah minyak masak, bawang, tepung gandum dan bahan kering yang lain termasuk kentang, sardin, susu, milo dan banyak lagi.

Orang ramai ketika membeli ayam segar yang dijual dengan murah

Orang ramai ketika membeli ayam segar yang dijual dengan murah

Dalam pada itu, suri rumah, Sarimah Ahmad, 45 berkata dia dapat berjimat RM32.70 bagi membeli tiga ekor ayam telur, milo dan ikan bilis 1kg.

“Jauh lebih jimat daripada perbelanjaan mingguan biasa. Saya bersyukur, jimat dan dekat,” jelasnya.

Bagi Jamiah Mohd Said pula, ini kali pertama program seperti ini diadakan di sini, kalau kita beli sedikit mungkin tidak terasa penjimatannya.

“Tetapi kalau macam yang mempunyai anak yang ramai seperti saya dan memerlukan perbelanjaan barang dapur yang banyak, berbelanja pada hari ini sememangnya jauh lebih murah dan jimat,” katanya.

Pengurus pasaraya Econsave, Syafik Ismail pula memberitahu, pihaknya amat teruja apabila dijemput untuk bersama menjayakan program seperti ini.

“Econsave sentiasa terbuka dan bersama-sama membantu kerajaan dalam meringankan beban rakyat terutama dalam perbelanjaan barang dapur,” jelasnya.

-SF

Tinggalkan komen anda