Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Pelajar Madrasah Warga Rohingya Hilang Ketika Mandi di Sungai Berang

By 8 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan : Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)          Foto : Ehsan APM Hulu Terengganu

KUALA BERANG, 8 Jan (Malaysiaaktif) –  Muhammad Rahim Salleh Ahmad, 17, pelajar Madrasah Hidayah Rohingya, di sini dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Berang di Taman Rekreasi Kuala Berang semalam.

Menurut pengetua madrasah berkenaan, Mohd Osman Ibrahim Hafiz Ahmad, 45, mangsa bersama 17 rakannya ke kawasan itu kira-kira 3 petang, beberapa rakan mangsa yang melihat kejadian itu cuba membantu mangsa namun gagal.

Hairysam Mat Tahar memberikan taklimat sebelum operasi pencarian dimulakan

Anggota Bomba dan Penyelamat memberikan taklimat sebelum operasi pencarian dimulakan.

“Malah empat daripada mereka hampir lemas namun dapat diselamatkan. Seramai 18 pelajar ke kawasan berkenaan dan hanya lima orang yang turun ke sungai untuk mandi.

“Saya tidak menyangka mereka turun ke sungai ketika dan berharap mangsa segera ditemui,” katanya ketika disoal wartawan siang tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hairysam Mat Tahar melaporkan, mangsa yang juga pemegang kad UNHCR dilaporkan hilang kira-kira jam 4.15 petang ketika bersama sekumpulan lima pelajar madrasah sedang bermain di padang rekreasi Kuala Berang berdekatan jambatan Sungai Berang.

“Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan anggota penyelamat dengan menyusuri tebing sungai dan operasi di hentikan pada pukul 7 petang semalam dan disambung 8 pagi tadi,” jelasnya.

Pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

– SH

 

Tinggalkan komen anda