Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Sarang Lebah Atas Siling Rumah

By 8 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 8 Jan (Malaysiaaktif) – “Hampir empat tahun saya perasan aktiviti lebah keluar masuk ke siling rumah namun tidak ambil kisah sehinggalah membaca kes-kes yang dilaporkan baru-baru ini melalui media masa mengenai tebuan yang bersarang didalam rumah.

Sabut kelapa di bakar bagi menghasilkan asap tebal untuk menghalau lebah daripada sarangnya.

Sabut kelapa di bakar bagi menghasilkan asap tebal untuk menghalau lebah daripada sarangnya.

“Walaupun sengat lebah tidak sebisa tebuan namun jika terkena kepada anak-anak kecil boleh mendatangkan kecederaan yang serius,” ujar pemilik rumah Dolah Md Amin ,73, di Kampung Panchor, di sini.

Menurut anak Dollah, Salmiah Dolah, 41, setelah mengenal pasti lokasi, operasi menghapuskan sarang lebah telah dilakukan dengan membakar sabut kelapa untuk menghasilkan asap, sarang yang mempunyai saiz yang agak besar memaksa dua siling dipecahkan bagi memudahkan proses membuang sarang tersebut.

“Hampir dua jam proses menghalau lebah dilakukan, syukur sarang tersebut dapat dikeluarkan dari siling rumah,” ujar Salmiah.

– SH

Tinggalkan komen anda