Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Penjawat Awam Tulang Belakang Negara

By 28 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Khairunnisa Ismail  Foto : Jabatan Penerangan Kelantan (Kota Bharu)
KOTA BHARU, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 10 ribu penjawat awam menghadiri Program Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam di Wisma Persekutuan Kota Bharu, siang tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa bangga dengan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara.

Sebahagian daripada penjawat awam yang hadir dalam pertemuan bersama penjawat awam di Wisma Persekutuan di sini siang tadi.

Sebahagian daripada penjawat awam yang hadir dalam pertemuan bersama penjawat awam di Wisma Persekutuan di sini siang tadi.

“Saya bangga dengan peranan penjawat awam kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik dari sebelumnya, jangan sekali kali kita gadaikan nikmat yang selama ini telah kita kecapi.

“Kerajaan yang ada inilah yang akan membela maruah negara serta memberi keutamaan kepada penjawat awam. Antara keistimewaan yang diberi kepada penjawat awam adalah bayaran khas sebanyak RM1500, kenaikan pangkat secara time-based dan banyak lagi,” ujarnya lagi.

Sementara itu, sebanyak 530 juta peruntukan telah diluluskan untuk pembinaan kompleks gunasama bagi penjawat awam di bandar Tunjong, Kota Bharu.

Selain itu, Hospital Kuala Krai yang akan siap dalam masa 3 bulan nanti merupakan antara hospital terbaik dan tercanggih di Malaysia yang telah dibangunkan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Muhammad Nakman Talib, 35, bagi merealisasikan hasrat perdana menteri ingin menjadikan Malaysia antara 20 negara terbaik dunia, sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam harus berada pada tahap terbaik.

“Sebagai seorang pendidik, penyampaian ilmu kepada pelajar haruslah mengikut landasan yang betul dan berteraskan dasar pendidikan negara sebagaimana yg dirangka oleh kerajaan,” ujar guru kaunseling Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa ini.

Bagi Faezah Shamsussin, 41, beliau amat menghargai kesanggupan perdana menteri turun padang untuk berjumpa dengan penjawat awam di negeri ini.

“Dengan adanya program seperti ini, ia akan menjadi platform untuk membuka minda penjawat awam untuk menyokong kerajaan yang sedia ada,” ujar pembantu Pegawai Pembangunan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu itu lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda