Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Pesara Kerajaan Terus Dibantu

By 28 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

LANGKAWI, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Persara kerajaan yang menghadapi masalah buah pinggang diperuntukkan RM3000 sebulan untuk rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD).

Seorang pesara Jabatan Penerangan Malaysia, Mansor Hasan yang kini menjalani rawatan buah pinggang secara CAPD iaitu proses manual bebas mesin yang menggunakan kuasa graviti bagi mengisi rumusan dialisis baru dan mengosongkan rumusan yang telah digunakan daripada kaviti peritoneal memaklumkan kos rawatan beliau ialah RM3000 sebulan.

Kos ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau dan isteri yang menerima kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia sebentar tadi berkata, amatlah sukar untuknya yang sakit ini menanggung kos ini jika tidak dibantu kerajaan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman, salah satu acara setiap kali beliau turun ke lapangan ialah mencari bekas-bekas anggota Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang dikenali sebagai Rakan Strategik terutamanya yang sakit dan uzur.

Ibrahim berkata, bantuan perubatan RM3000 sebulan ialah gambaran sebenar mengenai keperihatinan dan penyantunan kerajaan kepada rakyat terutamanya pesara kerajaan.

Dengan bantuan ini, wang pencen dapatlah digunakan untuk keperluan lain tanpa perlu memikirkan beban kos rawatan.

Selain itu, Jabatan Penerangan Malaysia juga membawa buah tangan kepada mereka ini serta jiran-jiran lain yang memerlukan berupa wang tunai dan keperluan makanan harian selain membaiki rumah rakyat yang memerlukan.

Datuk Ibrahim sedang dalam rangka lawatan menghadiri Program Jalinan Kasih Sempena Pemukiman Japen pada 27 hingga 29 Januari 2018.

End.

Tinggalkan komen anda