Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Water For Life Ceriakan 700 Penduduk Kampung Baru Lubok Machang

By 22 Januari 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 22 Jan (Malaysiaaktif) – “Adakalanya kami terpaksa menadah air tadahan hujan dan kolam untuk digunakan di dalam urusan seharian dulu.”

Ketua Kampung Lubuk Machang, Mohd Shah Budin, berkata demikian ketika ditemui selepas program kesinambungan Water For Life, di sini semalam.

Menurut Mohd Shah, mereka berasa sangat bersyukur dengan inisiatif yang dianjurkan oleh Petronas Dagangan Berhad (PDB) ini.

Misi bantuan ini dilakukan susulan masalah gangguan bekalan air yang mengakibatkan penduduk terpaksa bergantung kepada air tadahan hujan dan kolam berdekatan.

Dimulakan pada tahun 2013, program Water For Life bertujuan menyalurkan kemudahan bekalan air bersih khususnya di kawasan pendalaman.

Kesinambungan usaha program Water For Life anjuran PDB dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) ini memberi manfaat kepada lebih 700 penduduk Kampung Lubuk Machang, di sini.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PDB, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, program ini diwujudkan atas kesedaran bahawa isu kekurangan air semakin membimbangkan.

“Kami komited untuk memastikan agar komuniti di sekitar kawasan operasi PETRONAS mendapat akses kepada keperluan asas tersebut. Sehingga kini, kami sudah berjaya menyediakan kemudahan seumpamanyanya bagi 14 komuniti di seluruh Malaysia,” katanya.

Program ini melibatkan pemasangan infrastruktur saluran bekalan air sekaligus meningkatkan tahap sanitasi am serta memupuk kepentingan pemuliharaan air dalam memastikan kelestariannya dan telah memberi manfaat kepada 6,000 penduduk di 12 negeri.

Menerusi program ini, para sukarelawan yang terdiri dari kakitangan PDB dan MSN turut sama turun padang bagi tujuan pemasangan empat tangki air berkapasiti 1,000 gallon yang dilengkapi sistem penapisan untuk membekalkan air bersih kepada penduduk.

WhatsApp Image 2018-01-22 at 15.00.46 (1)

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika menyampaikan titah perasmian, meminta penduduk kampung supaya memastikan kebersihan telaga dan tangki air sentiasa dalam keadaan baik bagi kegunaan jangka masa panjang.

“Ingatlah, air merupakan sumber alam semulajadi namun kita harus beringat bahawa sumber air tersebut adalah terhad dan penduduk harus mengamalkan pengguna air secara berkhemah mengikut keperluan dan pembaziran perlulah dielakkan,” titah baginda.

Terdapat enam loji rawatan air yang membekalkan air di seluruh negeri Perlis dan bekalan air ini adalah daripada borewell Semadong dan borewell Felda Chuping serta sumber air yang ditadah di Empangan Timah Tasoh di Beseri dan di Pedu, Kedah.

“Bagi memastikan sumber air bekalan air sentiasa selamat dan bebas dari pencemaran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sentiasa memantau supaya kualiti air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Perlis adalah selamat.

“Untuk itu Jabatan Kesihatan hendaklah sentiasa menjalankan aktiviti persampelan air pada air yang dibekalkan ini supaya ianya berada pada tahap selamat dan bebas dari segala bentuk pencemaran,” titah baginda lagi.

Baginda juga menasihatkan penduduk kampung supaya mengamalkan amalan memasak air terlebih dahulu sebelum diminum bagi memastikan air tersebut tidak tercemar dengan bakteria membahaya.

“Ini adalah untuk memastikan bakteria bawaan air seperti Kolera (Taun) , Typhoid (Demam Kepialu) , Hepatitis A dan beberapa penyakit lain dapat dihindari,” titah baginda lagi.

– AH

Tinggalkan komen anda