Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

5000 Pasang Cermin Mata Diedar Percuma

By 24 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Rosli Md. Zin (Bachok)

BACHOK, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Jualan Sentuhan Kasih memberi nikmat kepada penduduk di sekitar Jelawat kerana sempena program ini Puteri UMNO membekalkan cermin mata secara percuma kepada penduduk setempat.

Ketua Pergerakkan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata cermin mata secara percuma sebanyak 5000 pasang dibekalkan secara percuma kepada orang ramai.

Warga tempatan tidak melepaskan peluang mendapatkan cermin mata yang diberikan secara percuma sempena Jualan Sentuhan Rakyat semalam.

Warga tempatan tidak melepaskan peluang mendapatkan cermin mata yang diberikan secara percuma sempena Jualan Sentuhan Rakyat semalam.

“Mereka yang mengalami masalah rabun terutamanya rabun dekat boleh mendapatkan sepasang cermin mata secara percuma dan syaratnya mestilah berumur 40 tahun ke atas,” katanya.

Jusuh Ali, 47, berkata beliau mengalami masalah rabun sejak 10 tahun yang lepas dan memakai kaca mata yang dibeli dari pasar malam.

“Apabila saya mencuba cermin mata yang diberikan ini ternyata ianya lebih berkualiti. Terima kasih kepada yang membantu,” ujarnya.

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Milah Hamid 53, pula berkata selain daripada prosedur yang mudah iaitu hanya dengan menunjukkan kad pengenalan.

“Berbeza dengan program yang dianjurkan kerajaan negeri dahulu, saya terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapatkan cermin mata.

“Terima kasih juga kepada Puteri UMNO kerana mengurangkan beban rakyat dalam keadaan yang semuanya mahal,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda