Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

KPDNKK Komited Bantu Rakyat

By 24 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Rosli Md. Zin (Bachok)

BACHOK, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Jualan sentuhan kasih yang diadakan di seluruh negara yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dengan kerjasama peniaga dan juga pasar-pasar besar bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan yang murah.

Timbalan Pengarah KPDNKK, Ferdaus Zakaria berkata ini adalah satu contoh kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi.

Orang ramai yang tidak melepaskan peluang membeli barangan pada harga lebih murah.

Orang ramai yang tidak melepaskan peluang membeli barangan pada harga lebih murah.

“Kerajaan prihatin terjadap masalah rakyat dan katanya lagi jualan kali kedua akan diadakan di Kampung Badak pada Isnin ini dan pihak KPDNKK akan memastikan lebih banyak peniaga akan terlibat dalam kempen yang akan datang.

“Potongan harga sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan dapur menarik minat orang ramai untuk mengunjungi festival jualan murah ini,” katanya ketika program jualan murah, di sini semalam.

Sepiah Majid, 56, berkata sejak minggu lepas lagi beliau menunggu untuk jualan murah ini.

“Saya ingin membeli barangan kering dengan lebih sedikit untuk simpanan,” katanya.

Sementara itu Bidah Mamat, 58, yang ditemani cucunya berkata beliau membeli agak banyak kerana beliau adalah peniaga kedai runcit di kampungnya.

“Barangan yang dibeli di sini murah dan saya juga dapat menjualnya dengan murah,” ujarnya.

Selain daripada jualan murah, perkhidmatan memberi kacamata percuma juga disediakan untuk 5000 orang penduduk kali ini.

-SH

Tinggalkan komen anda