Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Cari Agensi Untuk Kembangkan Perniagaan – Ahmad Maslan

By 16 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Rosli Md. Zin (Bachok)

BACHOK, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan mengesyorkan mana-mana pihak yang ingin mengembangkan perniagaan, carilah agensi kerajaan yang boleh menolong.

“Dapatkan bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan terutamanya pihak MITI yang boleh menolong dalam memberi pinjaman untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan,” ujarnya ketika melawat Kilang Tanjung Pauh Group di Gelung Buluh Beris Kubur Besar, sempena kawatan kerjanya di sini, semalam.

Ahmad ketika melawat Kilang Tanjung Pauh Group sempena lawatan kerjanya di sini semalam.

Ahmad ketika melawat Kilang Tanjung Pauh Group sempena lawatan kerjanya di sini semalam.

Selain itu Ahmad turut menjelaskan berkenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang memberikan manfaat kepada negara dan rakyat.

“Ternyata GST memberi manfaat kepada semua. Tindakkan pembangkang yang ingin menghapuskan GST adalah satu tindakan yang bodoh kerana boleh merugikan ekonomi negara,” tambahnya lagi.

Turut mengiringi lawatan kerja Ahmad Maslan, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Tawang, Datuk Mohd Radzuan Abdullah.

Sementara itu, seorang pengunjung program, Rahimah Basri, 47, berkata beliau ingin mendengar sendiri bantuan apakah yang boleh dimohon untuk mengembangkan perniagaannya.

“Tadi Datuk Ahmad Maslan seolah-olah memberi jalan untuk saya mengembangkan perusahaan kulit popia dan popia keju keluaran syarikat saya,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda