Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Empat Kampung Bergabung Pada Kenduri Sekampung

By 15 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh :  Mc Denver L.Toni (Sabah)

 
KINABATANGAN, SABAH, 14 Feb. (Malaysiaaktif) – Kepentingan semangat bersatu dan bekerjasama antara penduduk kampung, jadi pendorong kepada empat buat kampung untuk bergabung dalam program kenduri sekampung di daerah Kinabatangan..

Gabungan Kampung Usaha Jaya, Kampung Berjaya Satu, Kampung Berjaya Dua dan Kampung Kasih Sayang tersebut berjaya mencetuskan semangat permuafakatan antara kampung berkenaan.

Penduduk Kampung Usaha Jaya, Jakaria Hashim, 64, berkata, pelaksanaan program kenduri sekampung ini amat baik kerana mereka dapat berkenalan antara satu sama lain seterusnya menyuburkan semangat perpaduan kalangan penduduk di sini.

Sebahagian penduduk yang hadir pada program terbabit.

Sebahagian penduduk yang hadir pada program terbabit.

”Penganjuran program ini, secara tidak langsung merapatkan hubungan sesama penduduk kampung selain memupuk sikap saling tolong menolong antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Alias Ajan, 73, merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana masih berkesempatan menghadiri program sebegini yang amat baik untuk mendidik generasi muda untuk menghargai perpaduan.

“Seharusnya program sebegini perlu lebih kerap lagi diadakan agar penduduk saling mengenali, selain berpeluang memperoleh pelbagai maklumat melalui pelbagai pengisian dalam program tersebut.

“Sebagai contohnya hari ini saya berpeluang untuk mendaftar bagi mendapatkan sebuah kaca mata percuma disebabkan mempunyai masalah penglihatan rabun, diharap saya layak menerima bantuan kaca mata berkenaan agar dapat melihat dengan lebih jelas semula,” ujarnya semasa hadir memeriahkan program tersebut.

Penduduk turut berpeluang mendaftar bagi mendapatkan bantuan kaca mata bagi yang menghadapi masalah penglihatan pada program tersebut.

Penduduk turut berpeluang mendaftar bagi mendapatkan bantuan kaca mata bagi yang menghadapi masalah penglihatan pada program tersebut.

Terdahulu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan yang mewakili Ahli Parlimen, Datuk Jefry Arifin berkata, pelaksanaan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk di sekitar daerah ini.

Jefry turut menyeru agar masyarakat setempat khususnya di kawasan Pusat Daerah Mengundi Usaha Jaya dan kampung-kampung di sekitarnya untuk terus bersatu-padu mengekalkan perpaduan sedia ada bagi membolehkan agenda pembangunan di daerah berkenaan terus berjalan dengan baik.

“Masyarakat di daerah ini perlu bersama dan bersatu dalam memberikan sokongan berterusan kepada usaha kerajaan membangunkan daerah berkenaan.

“Sokongan yang tidak berbelah bagi daripada setiap lapisan masyarakat di daerah ini membolehkan pelbagai usaha untuk meningkatkan dan menjaga kebajikan rakyat dapat dilaksanakan,” katanya semasa merasmikan Program Kenduri Sekampung bersama pemimpin di Dewan Tawoi Maratu, Bukit Garam, Kinabatangan pada rabu.

Program sehari tersebut berjaya menarik kehadiran seramai lebih 200 orang penduduk dari kampung-kampung berhampiran.

Pelbagai pengisian aktiviti turut diadakan pada program berkenaan selain pendaftaran bantuan kaca mata percuma bagi golongan yang menghadapi masalah rabun terutama penduduk kampung yang berumur lingkungan 45 hingga 80 tahun, penyampaian sumbangan bantuan turut diberikan kepada 100 orang golongan asnaf yang berdaftar.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kinabatangan, Hajah Aminah Johan, OKK Kasim Amrin; AJK Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda