Skip to main content
HomeSabah

300 Penjawat Awam Persekutuan Hadiri Seminar Kepenggunaan

By 15 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan     :           Idris Sani Saberun / Foto :  Abdullah Sani Ariff Lokhman (Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Feb. (Malaysiaaktif) – Seramai 300 anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan menghadiri Seminar Kepenggunaan: Jangan Tertipu! Tuntut Hak Anda di Auditorium Institut Tadbiran  Awam Negara (INTAN) Sabah, pada rabu.

Seminar anjuran INTAN Kampus Sabah itu bertujuan mempromosi dan membudayakan keselamatan internet di peringkat agensi sektor awam yang turut dihadiri Pengarah INTAN Sabah, Samsul Dollah.

Samsul menyampaikan cendera kenangan kepada Sufri (kanan) sejurus tamat slot taklimat daripada SKMM.

Samsul menyampaikan cendera kenangan kepada Sufri (kanan) sejurus tamat slot taklimat daripada SKMM.

Selain itu, seminar diadakan bagi memupuk serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam mengenai kepentingan keselamatan internet agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan aplikasi dan teknologi internet.

Sesi seminar dimulakan dengan taklimat  “Etika dan Keselamatan di Media Sosial” oleh Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sufri Hasan Mindar serta “Making Right Business Decisions”oleh Pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Ng Ling Chee dan “Isu Semasa Pengguna” oleh Eksekutif Kanan Bank Negara Malaysia (BNM), Tonaramli Tonarusli.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda