Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Kerajaan Fahami Nadi Masyarakat India

By 27 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Daniel Jong (Seremban)

SEREMBAN, 27 Feb (Malaysiaktif) – “Kerajaan sedia ada di peringkat pusat adalah sebuah kerajaan yang memahami dan menurut kehendak masyarakat India di negara ini,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Masyarakat India mengutamakan dua perkara, iaitu kuil dan sekolah. Oleh yang demikian, kerajaan akan sentiasa memastikan keutamaan tersebut dijaga sepenuhnya.

Lebih kurang 1,500 masyarakat India hadir ke perasmian SJKT Bandar Sri Sendayan, di sini semalam.

Lebih kurang 1,500 masyarakat India hadir ke perasmian SJKT Bandar Sri Sendayan, di sini semalam.

Najib juga berterima kasih kepada Menteri Besar, Mohamad Hasan atas usahanya meminta pihak pemaju mengusahakan projek membina sekolah untuk komuniti India yang bernilai RM17 juta ini.

“Saya punya congak nilai projek ini semua sekali berapa agak-agaknya? Saya kira bukan RM9 juta sahaja kerana mengira sekali kos nilai tanah mengikut pasaran semasa berjumlah RM8 juta. Jadi nilai sebenar adalah RM17 juta yang diberikan pemaju Matrix Concept secara percuma,” katanya ketika merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bertam di Bandar Sri Sendayan, di sini, semalam.

Najib turut mengumumkan dalam masa terdekat akan melancarkan ASB Khas untuk masyarakat India dalam golongan B40.

SJKT Bandar Sri Sendayan ini turut dilengkapi kemudahan perpustakaan dalam taman.

SJKT Bandar Sri Sendayan ini turut dilengkapi kemudahan perpustakaan dalam taman.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan beberapa bidang tanah untuk pembinaan SJKT termasuklah di Ladang Bahau, Kuala Pilah, Simpang Pertang di Jelebu, Batang Benar di Nilai serta Bandar Sri Sendayan.

“Kerajaan negeri turut mewartakan beberapa kawasan tanah untuk pembinaan kuil. Saya sudah merizabkan tanah berkenaan, jadi tiada siapa boleh sentuh lagi,“ tambah Mohamad lagi.

Mohamad juga mengumumkan penukaran nama sekolah SJKT Ladang Bertam ke SJKT Bandar Sri Sendayan, bersesuaian dengan lokasinya. Sekolah ini turut mempunyai kemudahan auditorium dan perpustakaan dalam taman.

Turut hadir adalah Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar serta kedua-dua Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kalamanathan dan Datuk Chong Sin Woon.

-SH

Tinggalkan komen anda