Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Lebih 500 Penduduk Meriahkan Program Sepakat K1M

By 23 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Rosli Md. Zin (Bachok)

BACHOK, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Program Sepakat Komuniti 1Malaysia sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Balai, di sini berjaya menarik seramai 500 orang masyarakat Melayu, Cina dan Siam untuk memeriahkan sambutan ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Azahar Ismail menyatakan perpaduan yang diamalkan di negara inilah yang menyebabkan negara kita hidup dalam suasana harmoni dan aman.

IMG-20180223-WA0081

“Walaupun kita mempunyai seramai 243 etnik di negara kita tetapi kita masih boleh bergaul antara satu sama lain dan masih mengekalkan identiti setiap kaum berbeza dengan negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand yang mana semua kaum dihapuskan identiti mereka seperti nama atau pengenalan diri semua mesti mengikut nama Indonesia atau Thailand,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut, hari ini.

Edeng a/l Eh Sak, 25, berkata beliau tidak kisah bergaul dengan masyarakat Siam dan Melayu kerana bapa dia sendiri berbangsa Siam dan ibunya berbangsa Cina.

“Sudah menjadi kebiasaan menyambut perayaan kedua-dua bangsa, lagipun saya mempunyai ramai saudara di Tumpat di sebelah bapanya yang berketurunan Siam dan apabila tiba musim perayaan Siam beliau akan kesana untuk mengunjungi saudara-mara,” ujarnya yang ditemui di dewan serbaguna kampung tersebut.

Program Sepakat Komuniti ini turut menyampaikan sumbangan keperluan asas seperti minyak masak, gula dan gandum kepada 500 orang masyarakat di sini.

-SH

 

Tinggalkan komen anda