Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

4000 Khemah Tambahan Untuk Mangsa Banjir Sarawak

By 6 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aishah Latip & Jaed Tepus (Sarawak)

SAMARAHAN, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Pusat menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)  membekalkan 4,000 khemah tambahan kepada mangsa-mangsa banjir di Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan pihaknya telah menghantar sejumlah 2,000 khemah tertutup dan tambahan 2,000 khemah lagi akan tiba pada minggu hadapan.

Shahidan (kiri), memberikan penerangan kepada Douglas Uggah (tengah) status terkini mangsa banjir di sini.

Shahidan (kiri), memberikan penerangan kepada Douglas Uggah (tengah) status terkini mangsa banjir di sini.

Shahidan turut berpuas hati dengan pengurusan 17 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sarawak di mana mendapat kerjasama yang erat daripada semua agensi kerajaan.

“Kita akan pastikan semua keperluan dan kelengkapan mangsa banjir berada pada tahap yang terbaik agar mangsa selesa sepanjang berada di pusat perpindahan sementara,” katanya selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Mang, di sini, malam tadi.

Menurut jurucakap Sektariat Bencana Negeri, Mejar (PA) Ismail Mahedin, setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 3 ribu mangsa yang melibatkan 830 keluarga ditempatkan di 20 PPS di seluruh negeri Sarawak.

“Daripada jumlah tersebut, 1840 mangsa  ditempatkan di 9 PPS bahagian Samarahan, manakala seramai 1038 orang di 8 PPS di bahagian Serian, serta seramai 225 mangsa  di 3 buah PPS di bahagian Mukah,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.

– SH

 

Tinggalkan komen anda