Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

OKU Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kemaman 2018

By 6 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Uraidah Zetti Md Arifin & Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Peserta Afzam Mustafa, 38 tahun dari Kertih yang mengalami cacat penglihatan sejak kecil dinobatkan johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kemaman semalam.

Menurut Afzam, beliau mula berkecimpung dan menyertai pertandingan tilawah al-Quran ini sejak 2005 dan pernah menjadi johan tiga kali berturut-turut di bawah program anjuran Jabatan Masyarakat dalam kategori cacat penglihatan.

Rosli (dua dari kanan) merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kemaman, di sini semalam.

Rosli (dua dari kanan) merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kemaman, di sini semalam.

“Saya bersyukur dan berterima.kasih kerana diberi peluang untuk bertanding bersaing dengan peserta-peserta normal.

“Saya bersyukur dan terharu kerana mendapat tempat di hati para juri,” ujarnya yang dinobatkan sebagai johan qariah setelah memperdengarkan bacaan melalui surah Al-Araf (ayat 163) dengan alunan lagu Bayati dan Jiharkah.

Johan bahagian qari dimenangi Mohd Zaky Ismail, 34, dari Kertih dengan meraih mata keseluruhan 92 peratus.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kemaman tahun ini dengan tema “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” berlangsung di Masjid Kukuran, Kemasik di sini.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur,Kemudahan Awam,Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Rosli Othman.

Menurut Rosli, matlamat penganjuran program adalah untuk menarik minat dan perhatian umat Islam ke arah mendekati, mengkaji serta menghayati kandungan kitab suci al-Quran dengan cara yang lebih bersungguh.

“Ini juga satu bentuk ke arah memuliakan dan menyanjungi al-Quran. Pihak kerajaan amat komited terhadap program-program berbentuk keagamaan,” ujarnya.

Seramai 5 orang qari dan 5 orang qariah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran semalam.

– SH/AA

 

Tinggalkan komen anda