Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

Pesta Perpaduan Pongal

By 12 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh : Azfariza Ismail

 

KUALA KETIL, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Pesta Pongal merupakan perayaan yang disambut setiap tahun oleh Masyarakat India di negara ini yang membawa maksud ‘Pesta Menuai’.

Tahun 2018 merupakan kali ke lima sambutan Pesta Pongal diadakan di Padang Awam, Kuala Ketil bagi Parlimen Baling.

Sambutan Pesta Pongal ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Di majlis ini lukisan yang dikenali ‘kolem’ telah dibuat dan nasi manis yang dikenali ‘Sakalai Pongal’ telah dimasak di atasnya manakala pesta memasak susu turut diadakan sebagai simbolik kepada perayaan ini.

Acara memasak nasi manis atau "sakalai pongal"

Acara memasak nasi manis atau “sakalai pongal”

Seorang pengunjung yang ditemui, SaktidewiĀ  Ananthan 50, berkata ā€œsecara tradisinya Perayaan Pongal ini disambut di rumah dengan tradisi memasak susu dan beras diadakan sebagai juadah untuk tetamuā€™ā€™.Ā  Beras tersebutĀ  dimasak menggunakan susu dan dicampur dengan sedikit gula, gajus dan kismis.

Program ini telah disambut meriah khususnya bagi Masyarakat India Kuala Ketil yang merupakan kawasan teramai didiami di daerah Baling.Ā  Terdapat juga kaum lain seperti Melayu dan Cina yang turut hadir pada program ini bagi mengetahui secara lebih dekat sambutan Pesta Pongal ini.

Datuk Azeez beramah mesra dengan pengunjung

Datuk Azeez beramah mesra dengan pengunjung

Seorang lagi pengunjung yang hadir, RamliĀ  Arshad 43, berkata “program seperti ini boleh diteruskan lagi dan dapat diterima oleh kaum yamg lain kerana program ini dianjurkan sebagai bukti wujudnya perpaduan yang mana semua bangsa boleh menghormati, mempercayai dan memahami makna disebalik amalan dan budaya masyarakat pelbagai kaum.

Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Agung MIC KebangsaanĀ  Datuk A. Saktivel, Pegawai Khas Menteri Besar DatukĀ  S. Anathan, Penyelaras DUN Kuala KetilĀ Datuk Mohd Khairul Azhar Abdullah dan Datuk Mohd. Khairul Azhar Abdullah.
– MRR

Tinggalkan komen anda