Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kesihatan Rakyat Menjadi Keutamaan Kerajaan

By 12 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan Foto Oleh : Noor Azian Saad

 

ALOR SETAR, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Sejak penubuhannya pada 1995, sebanyak 88% klinik kesihatan di seluruh Malaysia telah menubuhkan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) merangkumi keahlian sebanyak 14,665 orang di seluruh Malaysia yang berpusat di 856 buah Klinik Kesihatan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail menyatakan demikian semasa Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan seluruh negeri Kedah di TH Hotel & Convention Center

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, dalam ucapannya, semasa menyempurnakan perasmian majlis ini menyatakan kerajaan sentiasa peka terhadap kesihatan rakyat.
Penubuhan Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan dapat membantu menyediakan saluran dua hala yang berkesan dan memupuk kerjasama erat antara masyarakat dan anggota kesihatan demi meningkatkan kesihatan masyarakat setempat.

Pada majlis berkenaan Kelab Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah telah menerima sumbangan sebanyak RM10,000, manakala setiap Klinik Kesihatan pula menerima sumbangan Panel Penasihat sebanyak RM5,000 setiap satu.

Menurut Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Maizatul Miza Mohd Disa,  berkata amatlah perlu penglibatan masyarakat dalam penjagaan kesihatan, sama ada secara individu atau kolektif untuk menangani masalah kesihatan secara holistik.

Seramai 500 orang telah hadir ke majlis ini yang terdiri daripada Ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah dan Ahli-Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan seluruh Kedah.
– MRR

Tinggalkan komen anda