Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah

By 21 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Siti Yusmila Yusof

 

BALING, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan Sambutan Hari Air Sedunia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah hari ini, telah menganjurkan pertandingan “Action Song” Dan Syarahan Peringkat Negeri Kedah bertemakan “Natured Base Solution For Water”.

Pertandingan ini dijalankan selama dua hari bermula 21 dan 22 Februari 2018 bertempat di Dewan Seri Abadi, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa II, Alor Setar.

IMG-20180221-WA0009

Pertandingan ini disertai oleh tiga puluh buah sekolah dari seluruh negeri Kedah.

Daerah Baling telah diwakili oleh Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam dan Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil.

Seramai lima belas orang peserta murid tahun tiga mewakili sekolah masing – masing.

Muhammad Iman Putra Ismail, 9, dari Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam melahirkan rasa gembira kerana terpilih untuk menyertai pertandingan ini.

Tambahnya lagi, “ini adalah pertandingan pertama yang saya wakili sehingga ke peringkat negeri,”.

Manakala Guru Besar Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam, Suhaiza Ahmad berkata, beliau amat berbangga dengan kebolehan anak-anak muridnya yang dapat menguasai Bahasa Inggeris serta menghafal semua langkah tarian hanya dalam masa dua minggu.

“Terima kasih kepada guru pembimbing dan semua guru-guru yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan murid-murid tahun tiga ini dapat memberikan persembahan yang cukup bertenaga.

Tidak dilupakan juga kepada waris yang datang dari Baling untuk memberikan sokongan kepada anak-anak yang bertanding pada hari ini, ujarnya.

Pertandingan ini masih berlangsung hingga esok, 22 Februari 2018 kerana sambutan yang amat menggalakkan dan keputusan rasmi pertandingan akan diumumkan pada hari Sabtu ini.

– MRR

Tinggalkan komen anda