Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Jualan Murah Turut Manfaatkan Peniaga

By 21 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Hasniza Hassan (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 21 Feb (Malaysiaaktif) – UMNO Parlimen Kota Bharu bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan ‘Program Jualan Murah Untuk Rakyat’ DUN Bunut Payong Parlimen Kota Bharu bertempat di Padang Perumahan Pintu Geng, di sini hari ini.

Salah seorang peniaga yang mengambil bahagian dalam jualan murah ini, Mohammad Ashaari Seman, 64, berkata kerajaan persekutuan telah banyak membantu golongan peniaga sepertinya.

Antara barangan keperluan yang dijual sempena program jualan murah di sini.

Antara barangan keperluan yang dijual sempena program jualan murah di sini.

“Kerajaan berikan subsidi sebanyak 10 sen untuk setiap kilogram barangan keperluan dapur yang dijual. Hasil subsidi ini membolehkan para peniaga mendapat keuntungan hasil jualan melebihi daripada jualan harian biasa.

“Program jualan murah ini memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak pembeli dan peniaga dan amat berharap program sebegini akan menjadi rutin setiap bulan sepanjang tahun kerana amat membantu rakyat samada peniaga dan pembeli,” jelasnya.

Pegawai Kanan KPDNKK Negeri Kelantan, Hamzul Yusof, berkata program ini adalah inisiatif kerajaan persekutuan dalam membantu meringankan beban rakyat mendapatkan barangan keperluan dapur berkualiti pada harga lebih murah.

“Berbanding di kedai atau pasaraya, harganya adalah lebih murah. Program ini terlaksana hasil daripada kerjasama bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, serta Syarikat Padi Beras Nasional Berhad,” katanya.

Sementara itu seorang pembeli, Shamsiah Abdullah, 51, berkata beliau amat teruja dengan program ini yang amat membantu rakyat yang berpendapatan rendah mengurangi kos sara hidup.

-SH

Tinggalkan komen anda