Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

RM600 Juta Pelaburan Ke Segamat Hasil Amalan Mesra Pelabur

By 14 Mac 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Mohd Najib Bin Mohaini
ISKANDAR PUTERI, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Johor memiliki kestabilan politik dan masyarakat serta dirurus tadbir oleh sebuah kerajaan terbuka dan berpandangan jauh dengan dasar-dasar mesra perniagaan dan mesra pelabur.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong, juga memaklumkan, berdasarkan data pelaburan pada 2017, Amerika Syarikat merupakan pasaran pelaburan Johor ketiga terbesar dengan jumlah nilai pelaburan sebanyak RM719.7 juta yang tertumpu dalam sektor bioteknologi dan kimia.

 Pemilihan Segamat adalah bertepatan dengan kekuatan pertanian di daerah ini, seiring dengan potensi sektor biomas, pemprosesan bioteknologi dan sektor berasaskan teknologi hijau.

Pemilihan Segamat adalah bertepatan dengan kekuatan pertanian di daerah ini, seiring dengan potensi sektor biomas, pemprosesan bioteknologi dan sektor berasaskan teknologi hijau.

“Johor kini sudah berkembang menjadi kuasa ekonomi utama negara berikutan Johor negeri paling pesat membangun dalam negara dan bagi pihak Kerajaan Negeri, saya berterima kasih kepada pelabur atas keyakinan mereka memilih Johor sebagai pilihan pelaburan mereka,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Majlis Menandatangani Persetujuan Pelaburan Leaf Malaysia Di Johor, di sini, hari ini..

Melalui persetujuan itu, Syarikat Leaf Malaysia OpCo Sdn Bhd, sebuah syarikat berasal dari Amerika Syarikat, bersetuju untuk melabur dalam projek berasaskan pemprosesan bioteknologi dan teknologi hijau di negeri ini dengan pelaburan bernilai kira-kira RM600 juta.

Tee menjelaskan, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Johor adalah sentiasa lebih tinggi daripada peringkat nasional.

Tee (tengah duduk) menyaksiakn Majlis Menandatangani Persetujuan Pelaburan Leaf Malaysia di Johor.

Tee (tengah duduk) menyaksiakn Majlis Menandatangani Persetujuan Pelaburan Leaf Malaysia di Johor.

“Dari tahun 2011 hingga 2016 menampakkan purata GDP Johor adalah 5.9 peratus lebih tinggi daripada 5.1 peratus di Malaysia manakala pada tahun 2016, GDP Johor adalah 5.7 peratus, amat tinggi berbanding kadar nasional pada 4.2 peratus.

Selain itu, Johor nombor satu dalam menarik pelaburan sektor pembuatan selama lima tahun berturut-turut dari 2013 hingga 2017dengan jumlah terkumpul sebanyak RM115 bilion,” ujarnya lagi

Johor merupakan lokasi paling sesuai berdasarkan rakan kongsi yang strategik dan kesesuaian tapak yang dicadangkan - Pengarah Urusan Leaf Malaysia OpCo Sdn Bhd, Jason Jones.

Johor merupakan lokasi paling sesuai berdasarkan rakan kongsi yang strategik dan kesesuaian tapak yang dicadangkan – Pengarah Urusan Leaf Malaysia OpCo Sdn Bhd, Jason Jones.

Tee juga mengumumkan, Kerajaan Negeri sangat fokus dalam membangunkan Johor dengan pengwujudan pelbagai hab penting seperti hab minyak dan gas di Pengerang, hab perabot di Muar, hab pertanian di Segamat, hab data dan robotik di Kulai dan sebagainya agar pelabur asing yakin dan fokus dengan rancangan pembangunan Johor.

Dia berkata, “Pelaburan Leaf Malaysia di Segamat adalah bertepatan dengan kekuatan pertanian di daerah ini, seiring dengan potensi sektor biomas, pemprosesan bioteknologi dan sektor berasaskan teknologi hijau,”

Menurut Pengarah Urusan Leaf Malaysia OpCo Sdn Bhd, Jason Jones, ini merupakan kali pertama syarikat mereka melabur dalam sektor pemprosesan bioteknologi dan teknologi hijau di Malaysia.

“Secara teknikal, syarikat kami telah melakukan kerja-kerja awal penilaian terhadap lokasi-lokasi strategik untuk pelaksanaan projek ini dan semenjak tiga tahun ini, kami mendapati Johor merupakan lokasi paling sesuai berdasarkan rakan kongsi yang strategik dan kesesuaian tapak yang dicadangkan,”

Jones juga memaklumkan, pembinaan kilang untuk projek ini akan bermula pada tahun hadapan dan ianya akan mula beroperasi pada tahun 2021.

– MRR

Tinggalkan komen anda