Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Pengguna Harus Tahu Hak Mereka

By 14 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) ditubuhkan dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 1999] yang berfungsi untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.

Menurut, Pengerusi (TTPM), Wan Rufaidah Wan Omar, objektif (TTPM) adalah menyediakan saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna menuntut tebus rugi tidak melebihi RM25,000 berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhimatan dengan cara yang mudah, murah dan cepat.

Wan Rufaidah ketika memberi taklimat di Wisma Persekutuan, Ayer Keroh, semalam.

Wan Rufaidah ketika memberi taklimat di Wisma Persekutuan, Ayer Keroh, semalam.

Katanya lagi, jenis tuntutan yang boleh difailkan antaranya representasi palsu yang mengelirukan berhubung dengan barang atau perkhidmatan yang dibekalkan, harga yang dibekalkan melebihi harga yang diiklankan, barang atau perkhidmatan yang dibekalkan tidak selamat dan tidak patuhi piawai yang ditetapkan dan barangan yang tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun bayaran telah dibuat.

“Khidmat nasihat dan perundangan dalam hal-hal menuntut hak pengguna boleh terus ke (TTPM) yang sentiasa akan membantu masyarakat dalam memahami hak-hak sebagai pengguna,” ujar Wan Rufaidah ketika memberi taklimat “Kenali Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia” bersama Penjawat Awam bertempat di (TTPM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Melaka, Wisma Persekutuan, Ayer Keroh.

Penjawat Awam, Syukri Ahmad , berkata sesi taklimat ini memberi pencerahan dalam isu tuntutan hak-hak pengguna yang ramai dikalangan masyarakat tidak memahaminya.

“Saya juga ada pengalaman ditipu berkaitan pembelian secara dalam talian namun kurangnya pengetahuan terhadap (TTPM) membuatkan saya tidak menuntut sebarang tebus ganti, dengan penerangan yang telah diberi hari ini, saya akan lebih bertanggungjawab dalam hal hak pengguna,” ujar Syukri.

-SH

Tinggalkan komen anda