Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

TPM Umum Projek RM49 Juta di Negeri Sembilan

By 14 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Jamilah Sulaiman Nasution & Muhammad Ramadan Ab Rahim (Seremban)

SEREMBAN, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluluskan permohonan beberapa projek infrastruktur bagi komuniti di sini dengan kos keseluruhan projek bernilai RM49 juta.

“Antara projek yang akan dilaksanakan adalah membina Dewan Mini Serbaguna di Taman Satria dan cadangan membaik pulih tebing runtuh serta kerja-kerja berkaitan di Kampung Sentosa Jaya.

Zahid beramah mesra dengan orang ramai yang hadir.

Zahid beramah mesra dengan orang ramai yang hadir.

“Cadangan menaiktaraf jambatan di kawasan perindustrian Kuala Sawah, Rantau serta cadangan kerja-kerja menaiktaraf sistem lampu jalan dan kerja-kerja pembaikan di Taman Angsamas dan Taman Kelab Tuanku juga turut diluluskan peruntukannya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Awam Taman Satria, di sini semalam.

Zahid turut mengumumkan akan memohon Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) untuk memasukkan projek pembinaan SK Bandar Seri Sendayan sebanyak RM 30 juta ke dalam projek UPE dan menjadikan projek berkenaan sebagai projek berkeutamaan.

“Pembinaan jalan keluar masuk alternatif Taman Tuanku Jaafar ke jalan Seremban-Tampin serta kerja-kerja berkaitan Mukim Rantau yang menelan kos sebanyak RM 10.4 juta akan dirunding untuk dimasukkan dalam projek UPE, selain cadangan pembaikan sistem perparitan di Taman Alamanda, Taman Satria dan Taman Seri Pagi juga akan dimohon untuk dimasukkan dalam projek tersebut.

“Saya juga meminta Khairy Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Rembau untuk bersama-sama dengan saya berjumpa dengan Datuk Seri Rahman Dahlan dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk membincangkan mengenai projek ini. Saya sanggup menjadi orang Rembau buat sementara waktu bagi membincangkan berkenaan projek ini,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Belia dan Sukan yang juga ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

– SH

Tinggalkan komen anda