Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Berita Palsu Di Media Sosial, Ambil Tindakan Tegas

By 1 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

LAPORAN & FOTO : Jusman Hedoh (Sabah)

 

TAWAU, SABAH, 01 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap perlakuan individu yang sebar fitnah dan berita palsu di media sosial hari ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata pihak berkuasa perlu memperkuatkan lagi undang-undang terhadap salah laku penyebaran maklumat palsu dan fitnah di media sosial.

“Penyebaran maklumat palsu tersebut mampu mewujudkan suasana tidak sihat di kalangan masyarakat sekali gus menjejaskan keharmonian dan keamanan negara.

“Justeru, rakyat khususnya belia perlu berhati-hati ketika ingin berkongsi maklumat agar tidak terpengaruh dengan maklumat palsu,” ujarnya.

Nizam semasa ditemubual media selepas merasmikan pertandingan berkenaan.

Nizam semasa ditemubual media selepas merasmikan pertandingan berkenaan.

Nizam berkata demikian selepas merasmikan pertandingan bola tampar di Kampung Apas pada Khamis.

Tambahnya lagi, generasi muda juga perlu berwaspada agar tidak mudah memuat naik mana-mana maklumat yang tidak sahih serta mampu menggugat perpaduan rakyat.

“Kita amat bimbang perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan tegas.

“Kita amat menyokong dan meminta undang-undang salah laku ini dapat disegerakan agar sesiapa yang menyebar berita palsu atau tanpa fakta sebenar perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berwajib,” katanya.

Jelasnya lagi, perbuatan menyebar berita tanpa usul periksa ini jika tidak dikawal bukan sahaja boleh memecahbelahkan masyarakat malah ia umpama dadah, ketagihan terhadap tingkah laku negatif di media sosial.

Nizam berharap agar pihak berkuasa menyiasat dan ambil tindakan terhadap perbuatan tersebut bagi menghalang ia terus berleluasa dan menjadi amalan generasi hari ini.

Terdahulu Nizam pada ucapan merasmikan pertandingan bola tampar berkenaan turut memuji penganjur kerana melalui pertandingan tersebut, ia bukan sahaja dapat melahirkan pemain berkualiti malah dapat menyatupadukan masyarakat setempat selain mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat di kawasan terbabit.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda