Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

iM Sarawak Tambah Baik Tabika Kemas

By 15 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Toslin Meyub & Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 15 Mac (Malaysiaaktif) – iM Sarawak dan Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) bekerjasama menambah baik Tabika KEMAS kawasan Petra Jaya di bawah Program Bantuan Khas iM Sarawak dengan menyumbang kelengkapan perabot seperti kerusi, meja, kabinet dan rak buku.

Ahli Majlis Penasihat iM Sarawak (1MSAC),
Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata iM Sarawak adalah inisiatif pembangunan sosial yang diterajui 1MSAC untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pelbagai komuniti di seluruh negeri Sarawak selari dengan prinsip-prinsip 1Malaysia.

Juma'ani (tengah) diberi penerangan berkaitan projek-projek iM Sarawak sempena lawatannya di Tabika Kemas Muda Hashim, semalam.

Juma’ani (tengah) diberi penerangan berkaitan projek-projek iM Sarawak sempena lawatannya di Tabika Kemas Muda Hashim, semalam.

“Inisiatif ini dilaksanakan dalam usaha membawa manfaat jangka panjang kepada rakyat negeri ini yang meliputi aspek kehidupan, pendidikan dan sukan.

“Sejak tahun 2013, iM Sarawak menjalankan pelbagai projek dan aktiviti yang bercorak komuniti,” katanya yang ditemui di Tabika Kemas Muda Hashim, di sini semalam.

Disamping Tabika KEMAS, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Satok turut menerima sumbangan perabot sebagai dorongan dalam usaha melaksanakan pembelajaran bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang yang juga pengerusi PKPJ berkata, ibubapa dan guru akan menghargai perabot baru beraneka warna untuk tabika dan PDK Sri Satok ini yang mana akan mewujudkan suasana ceria dan keselesaan untuk kanak-kanak.

Turut hadir, Pengarah Hospital Sentosa Sarawak merangkap Naib Pengerusi PDK Sri Satok, Dr. Ismail Drahman dan Pegawai KEMAS Bahagian Kuching, Lindawati Fadiel.

-SH

Tinggalkan komen anda