Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kiraan Kepala Formula Kejayaan SPM 2017 Maktab Mahmud Sik

By 16 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto Oleh : Fasharina Kholil dan Rasidi Che Sa

 

SIK, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Maktab Mahmud Sik melakar sejarah tersendiri di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 apabila di anugerahkan Anugerah Lonjakan Saujana dengan himpunan Gred Purata Sekolah 3.56.

Lebih menggembirakan apabila calon SPM daripada sekolah tersebut, Zainab Zuhaira Khair Zakaria turut dianugerahkan pelajar cemerlang SPM Negeri Kedah bersama 13 orang calon yang lain di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, pagi tadi.

Zainab mendapat Gred A+ (cemerlang tinggi) bagi setiap mata pelajaran yang didudukinya.

Zainab menerima anugerah bersama ibu bapa dan guru

Zainab menerima anugerah bersama ibu bapa dan guru

Selain Zainab, 52 orang calon SPM Maktab Mahmud Sik yang lain turut cemerlang dan 15 calon berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 5A.

Menurut Pemangku Pengetua Maktab Mahmud Sik, Adam Hj Md Ali, rahsia kejayaan tersebut adalah pelajar dan guru belajar dan bekerja ikhlas kerana Allah.

WhatsApp Image 2018-03-15 at 21.43.36(2)Tambahnya lagi, semangat berpasukan, saling bantu-membantu antara satu sama lain turut menjadi resepi kejayaan para pelajar.

“Kami juga menggunakan kaedah kiraan kepala. Di mana kiraan kepala merupakan satu sistem untuk mengukur kebolehan seseorang dengan melihat pencapaian yang sedia ada untuk menuju kepada sasaran dengan beberapa ujian dan pemantauan yang dikehendaki,” jelasnya lagi.

“Selain itu, bantuan tuisyen YAPEIM melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik turut membantu meningkatkan prestasi akademik Maktab Mahmud Sik. Juga tidak ketinggalan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang turut memberi sokongan,” tambah Cikgu Adam lagi.

Maktab Mahmud Sik juga menduduki tangga kedua terbaik SPM bagi kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Negeri Kedah.

– MRR

Tinggalkan komen anda