Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Retour de KokoJel Tarik Lebih Ramai Pelajar

By 10 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Parimaladevi Suppiah         Foto : Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Jelebu)

JELEBU, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang menghadiri Program Retour de KokoJel di Kolej Komuniti Jelebu (KokoJel) hari ini.

Program ini bertujuan memperkenalkan kolej-kolej Komuniti di Negeri Sembilan kepada media dan penduduk setempat dengan acara-acara menarik.

Retour de KokoJel ini membawa maksud kembali lagi yang mana bertujuan untuk menarik lebih ramai datang belajar di Kolej Komuniti ini.

Pameran daripada agensi dan Kolej Komuniti sekitar Negeri Sembilan turut diadakan sempena Program Retour de KokoJel, di sini hari ini.

Pameran daripada agensi dan Kolej Komuniti sekitar Negeri Sembilan turut diadakan sempena Program Retour de KokoJel, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Haji Yunus Rahmat, mengucapkan tahniah di atas komitmen dan inisiatif Kolej Komuniti Jelebu mengadakan program yang membabitkan pelbagai kaum.

“Aktiviti seumpama ini demi menyahut seruan kerajaan mengaplikasikan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam memberi hebahan kepada masyarakat bahawa Kolej Komuniti khususnya di Negeri Sembilan mempunyai kemudahan infrastruktur bertaraf universiti yang dilengkapi dengan tenaga pengajar yang pakar dan yuran terendah.

“Program hari ini platform terbaik bagi mengukuhkan peranan kolej sebagai peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran,” katanya lagi ketika ditemui semasa program hari ini.

Pelbagai program menarik disediakan sempena program hari ini.

Pelbagai program menarik disediakan sempena program hari ini.

Dalam pada itu Pegawai Pehubungan Awam Kolej Komuniti Jelebu, Nurul Akmal Zainuddin, berkata kolej ini merupakan Kolej Komuniti pertama menganjurkan program ini bagi memperkenalkan Kolej Komuniti kepada umum.

“Ini kerana masih ramai beranggapan Kolej komuniti kolej swasta dengan yuran yang tinggi.

“Hakikatnya Kolej Komuniti kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dengan yuran sebanyak RM200 sahaja bagi setiap semester,” katanya.

Salah seorang penuntut dari Kolej Komuniti Jelebu, Sharuini Ravi, 18, yang mengikuti Sijil Teknologi Pembinaan sijil dari Kolej Komuniti ini akan membantu beliau untuk mengikuti bidang Kejuruteraan di universiti awam.

Pelbagai acara menarik disediakan antaranya kayuhan santai, pertandingan memancing, pertandingan mewarna, pameran daripada agensi kerajaan, swasta, Kolej Komuniti di Negeri Sembilan serta cabutan bertuah.

-SH

Tinggalkan komen anda