Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Tak Perlu Surat Untuk Aduan Rakyat Di Sik

By 14 Mac 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

 

SIK (Kedah), 14 Mac (Malaysiaaktif) – Rakyat Sik la ni (sekarang ini) kalau ada masalah jalan berlubang, paip pecah, longkang tersumbat dan sebagainya, tidak perlu membuat surat atau datang ke pejabat-pejabat kerajaan,”.

Datuk Mohd Tajudin Abdullah menziarahi slah sebuah rumah penerima bantuan CTU KKMM

Datuk Mohd Tajudin Abdullah menziarahi slah sebuah rumah penerima bantuan CTU KKMM

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, merangkap ADUN Belantek Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata demikian ketika ditemui semasa perasmian Program  Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (CTU KKMM) di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Belantek Sik baru-baru ini.

Datuk Mohd Tajudin Abdullah mengiringi Datuk Sri Jailani Johari ke rumah penerima bantuan CTU KKMM

Datuk Mohd Tajudin Abdullah mengiringi Datuk Sri Jailani Johari ke rumah penerima bantuan CTU KKMM

 Menurutnya, Sik mempunyai kumpulan media sosial (whatsapp group) dalam kalangan masyarakat Sik bagi membuat apa saja aduan berkaitan pentadbiran di daerah ini. Semua ketua-ketua jabatan di daerah Sik ada di dalam grup tersebut.

Semua aduan atau masalah hanya perlu menghantar gambar dan maklumat ke dalam grup ini dan tindakan serta merta akan terus diambil.

 Katanya lagi, kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sri Jailani Johari ke Belantek ini, telah menyelesaikan banyak masalah penduduk Sik selama ini, terutamanya masalah internet, pejabat pos, dan talian telefon.

Datuk Sri Jailani Johari menerima pelawaan salah seorang penduduk Belantek

Datuk Sri Jailani Johari menerima pelawaan salah seorang penduduk Belantek

Menurutnya, keadaan di luar Bandar sekarang bukan seperti dahulu, hampir semua kemudahan yang ada di bandar, ada juga di luar bandar.

Sempena program ini juga, Kementerian Belia Dan Sukan Daerah Sik (KBS) mengadakan  Sukaneka Air untuk kanak-kanak dan dewasa lelaki dan wanita bagi memeriahkan suasana.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Siti Salmiah Md. Ani, acara ini telah melibatkan190 kanak-kanak dan 250 anak-anak muda dari kampong – kampong sekitar Belantek.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Siti Salmiah Md. Ani

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik, Siti Salmiah Md. Ani

Acara ini mensasarkan anak-anak muda serta orang kampong dapat bersatu padu serta bekerja sama melalui pertandingan-anak ini.

Perserta dan penyokong sama-sama masuk ke dalam sungai

Perserta dan penyokong sama-sama masuk ke dalam sungai

Selain itu supaya masyarakat di sini dapat mengenali pemimpin2 tempatan yang hadir, kata Salmiah.

Menurutnya, antara acara yang dipertandingkan ialah terompah gergasi air bergu, sepak raga timbang, pukul bantal, tarik tali, memancing ikan sungai, memancing sampah sarap dan menghubung menyatu kanak-kanak.

Mereka telah berkampung tiga hari untuk membuat persiapan dan melakukan acara saringan.

Katanya, berbeza dengan tarik tali di atas darat, tarik tarik di dalam air lebih mencabar dan menyeronokkan. Ini kerana ia menggunakan paip getah dan licin.

Antara penonton acara sukan air

Antara penonton acara sukan air

Pemainannya di dalam sungai menjadikannya seperti berkelah, ujarnya lagi.

Seorang penduduk tempatan yang datang bersama anak-anaknya, Rosita Ibrahim@Ahmad, 36, berkata, ramai penduduk kampong ini bernikah dengan orang luar menyebabkan ramai yang kami tak kenal satu sama lain, dengan adanya acara seperti ini barulah mereka dapat berkenalan.

Rosita Ibrahim@Ahmad

Rosita Ibrahim@Ahmad

Sukan seperti ini dapat mengeratkan silaturahim sesama penduduk perlu lebih kerap dan diperluaskan lagi aktiviti seperti ini di Belantek, ujarnya.

Bila beramai-ramai masuk ke dalam sungai bermain air dan memberi sokongan, ikatan persabatan menjadi semakin akrab, ujarnya lagi.

Belantek, Sik salah satu kampong dari 55 tempat pendalaman yang telah dipilih oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk diaadakan Program  Menghubung Menyatu.

Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Belantek Sik terpilih sebagai lokasi program ini pada 10 dan 11 Mac 2018.

Tinggalkan komen anda