Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tamu Kampung Brunei Menarik Dan Berbeza

By 5 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

LAPORAN & FOTO :  Dzulhardey Shah Abdullah @ Hamidey (Sabah)

 

MEMBAKUT, 05 Mac (Malaysiaktif) – Tamu Bulanan Kampung Brunei merupakan tamu yang cukup menarik untuk dikunjungi kerana ianya amat berbeza daripada tamu-tamu yang sedia ada di beberapa buah daerah di negeri ini.

Tamu atau pasar minggu sering dinantikan oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana ia menyimpan perasaan berbeza samada dari penjual mahupun pembeli.

Begitu juga dengan Tamu Bulanan Kampung Brunei ini, Pengerusi Pelaksanaan Tamu yang juga merangkap Persatuan Penduduk Kampung Brunei, Abdul Rahim Jalani berkata tamu di kampung mereka berbeza dengan tamu mingguan di daerah lain.

Abdul Rahim Jalani.

Abdul Rahim Jalani.

“Tamu disini diadakan sebulan sekali  untuk penduduk kampung memasarkan produk tanaman dan pelbagai hasil yang diusahakan sendiri.

“Ini merupakan tamu bulanan kami yang ke empat dilaksanakan di Arena Wawasan di Kampung ini.

“Kali ini pengisiannya berbeza sedikit kerana kami berkerjasama dengan Rukun Tetangga Kampung Brunei 1, Hospital Beaufort, Pergerakan Pemuda dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan lain,”jelas Rahim semasa ditemui pada pelaksanaan program pada sabtu.

Tambahnya lagi, selain aktiviti jual beli serta tawar menawar yang berlaku, tamu bulanan mereka hanya menempatkan seramai 20 peniaga dengan kepelbagaian produk masing-masing.

Telata Si Cilik semasa mengikut pertandingan mewarna.

Telata Si Cilik semasa mengikut pertandingan mewarna.

“Pada kali ini selain aktiviti jual beli produk setempat, para pengunjung turut disajikan dengan nyanyian karaoke, pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan Kempen Derma Darah daripada Hospital Beaufort,” ujarnya.

Jelasnya lagi, melalui pelaksanaan program ini, ianya tentu sekali akan menjadi tarikan kepada pengunjung dalam dan luar kampung ini.

Pemeriksaan percuma turut diadakan sebagai langkah mempastikan komuniti kampung berkenaan sihat bersama para pengunjung.

Pemeriksaan percuma turut diadakan sebagai langkah mempastikan komuniti kampung berkenaan sihat bersama para pengunjung.

“Ia sekaligus menggalakkan penduduk untuk berniaga dan menjalinkan ukhwah seterusnya dapat mengeratkan perasaan cintakan kampung.
“Tamu kali ini turut mendapat liputan secara langsung dari radio atas talian Brunei FM Sabah dan ini meningkatkan lagi promosi dan kemeriahan tamu bulanan ini.

Penyampai Brunei FM rancak berceloteh sebagai hebahan radio yang menjadi nadi promosi tamu berkenaan.

Penyampai Brunei FM rancak berceloteh sebagai hebahan radio yang menjadi nadi promosi tamu berkenaan.

“Harapan kami di masa akan datang agar lebih ramai lagi pengunjung datang ke tamu bulanan kami dan seterusnya mempelbagaikan lagi produk untuk dijual.

“Jangan risau, produk kami berbeza dari setiap penjual dan ini merupakan tarikan utama tamu kami kepada pengunjung,” ujarnya lagi.

Aktiviti Jual Beli Tawar Menawar.. pengunjung dapat membeli beraneka produk yang ditawarkan pada tamu terbabit

Aktiviti Jual Beli Tawar Menawar.. pengunjung dapat membeli beraneka produk yang ditawarkan pada tamu terbabit

Dianggarkan lebih 500 pengunjung hadir ke program Tamu Bulanan tersebut, selain menerima layanan mesra dari penduduk kampung orang ramai turut dipelawa menderma darah pada program terbabit.

– MRR

Tinggalkan komen anda