Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Tentera Darat Terus Terajui Benteng Pertahanan Negara

By 1 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Noorshazana Shaadan (Port Dickson)
Foto : Tentera Darat Malaysia

PORT DICKSON, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Evolusi Pemodenan Tentera Darat merupakan sebuah persediaan bagi anak watan sebagai benteng pertahanan negara.

Menurut Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zulkiple Haji Kassim, Tentera Darat akan terus diperkembangkan dari sudut pemodenan bagi memperlihatkan keprihatinan negara yang akur dengan Tentera Darat untuk membangun dari segi struktur mahupun peralatan.

Zulkiple (dua dari kiri) ketika sidang media Perbarisan HTD Ke-85, di sini siang tadi.

Zulkiple (dua dari kiri) ketika sidang media Perbarisan HTD Ke-85, di sini siang tadi.

“Pembangunan Tentera Darat akan berjalan pesat dan yang lebih penting, sokongan yang diperolehi daripada seluruh rakyat membuktikan semangat warga tentera kepada perkhidmatan dan usaha dihargai,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri perbarisan dan menyampaikan perutusan sempena Hari Tentera Darat (HTD) ke-85.

Tambahnya, Tentera Darat tidaklah mewah namun beliau percaya dan yakin dengan melihat kepada perkembangan TD dalam keadaan terhad masih lagi diberikan tumpuan kepada keupayaan TD untuk berfungsi sebagai sebuah angkatan.

“Perkembangan yang terkini sebagaimana yang disebut dalam Struktur Pelan Pembangunan Tentera Darat yang akan datang iaitu Army For Next Generation (Army 4NextG) yang pentingnya dalam konsep pembangunan ini ialah untuk meningkatkan keupayaan tentera darat supaya kita dapat beroperasi dalam dua wilayah serentak.

“Keupayaan aset negara tidak boleh dibandingkan dengan aset negara jiran kerana negara mempunyai keupayaan dan kekuatan yang mencukupi setakat ini.

Negara mempunyai keupayaan dan kekuatan aset yang mencukupi setakat ini - Zulkiple.

Negara mempunyai keupayaan dan kekuatan aset yang mencukupi setakat ini – Zulkiple.

“Sebanyak enam helikopter penggempur ringan yang lengkap dengan persenjataan yang kita kira mampu untuk digunakan mengawal keselamatan terutama di kawasan seperti Lahad Datu, Sabah,” ujarnya di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan pengisytiharaan 14 Februari sebagai Hari Memperingati Pahlawan Peringkat Tentera Darat bersempena dengan tarikh gugurnya Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Leftenan Adnan Saidi di Bukit Candu, Singapura pada 14 Februari 1942.

Menurut Zulkiple lagi, Tentera Darat telah berjaya mengorak langkah menempa pelbagai kecemerlangan yang boleh dirungkaikan melalui lima teras utama iaitu Perkasakan Kesiagaan Angkatan, Pengukuhan Kesepaduan Angkatan, Peneguhan Profesionalisme, Pemantapan Pengurusan Organisasi dan Peningkatan Kualiti Hidup.

“Kecemerlangan ini adalah berlandaskan kepada konsep Tentera Darat, ‘Satu Kerana Bersatu’ yang didokong sepenuhnya oleh seluruh warganya.

Seramai 159 pegawai dan 3,413 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat sama dalam Perbarisan HTD Ke-85 yang turut disaksikan orang ramai.

-SH

Tinggalkan komen anda