Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanViralWilayah Persekutuan

KPM Peruntuk RM19 Juta Bagi Keperluan Pendidikan Labuan

By 2 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Mohd Faizal Mansor (Labuan)

LABUAN, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan RM19 juta untuk keperluan pendidikan di Labuan bagi mencakupi pelbagai aspek dari segi penambahbaikan dan penyelengaraan sekolah-sekolah di Labuan.

Daripada jumlah tersebut, RM15 juta akan diperuntukan untuk sekolah yang mempunyai kelas tingkatan enam bagi tujuan penambahbaikan bangunan, RM3.7 juta bagi keseluruhan penyelenggaraan struktur bangunan sekolah di Labuan termasuk Kolej Matrikulasi Labuan dan RM300,000 kepada ahli Parlimen Labuan bagi tujuan penyelengaraan sekolah di sini.

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan perkara ini pada Majlis Titian Kasih Bersama Warga Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di Kolej Matrikulasi Labuan, di sini semalam.

“Pembangunan infrastruktur sekolah merupakan tulang belakang dalam usaha untuk melonjakkan kemajuan dan kecermerlangan pendidikan negara,” ujarnya.

Tambahnya, pihak kementerian serius dalam menyediakan penyelenggaraan segera kepada infrastruktur sekolah seperti pendawaian semula, baik pulih bangunan dan pembinaan infrastruktur baharu.

“Saya percaya dengan peruntukan yang diberikan tersebut dapat menyelesaikan masalah kekurangan kelas yang dihadapi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan yang terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan bagi menampung para pelajar yang menduduki tingkatan enam di sekolah itu.

“Kami telah menerima permohonan untuk menjadikan flat perumahan sedia ada di sekolah itu bangunan untuk pelajar tingkatan enam dan kementerian saya telah meluluskan RM15 juta untuk projek itu,” katanya lagi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad.

– AH

Tinggalkan komen anda