Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanWilayah Persekutuan

Anak Yatim, OKU Antara Pelajar Terbaik STPM Labuan

By 7 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Ketiadaan bapa sejak tadika bukan alasan Nurdiana, 20, berjaya dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan ini memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.42, untuk muncul antara 44 pelajar terbaik STPM 2017 bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

“Saya bangga kerana masih mempunyai abang yang memberikan galakan kepada saya untuk mengecapi kejayaan dalam STPM 2017, di samping menumpang kasih dengan ibu saudara saya yang mengambil alih menjaga saya sejak ketiadaan bapa di dunia ini dan ibu yang berhijrah ke tempat lain,” ujar anak bongsu daripada lima beradik ini.

Nurdiana, 20

Nurdiana, 20

Nurdiana banyak dibantu oleh abangnya yang bekerja sebagai nelayan dari segi kewangan dan motivasi sehingga dia berjaya.

“Saya merancang meneruskan pelajaran dalam bidang Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kelak,” tambah Nurdiana.

Seorang lagi pelajar terbaik STPM yang dibesarkan oleh ibu bapa cacat penglihatan, Mohd Rasmad Musim, 20, menjadikan kekurangan itu sebagai pemangkin untuk belajar sehingga memperolehi PNGK 3.67 pada STPM 2017.

Anak kepada pasangan Musim Agil dan Darinah Saian ini gembira dapat membanggakan kedua-dua ibu bapanya dan memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Rosmad

Mohd Rosmad

Sementara itu, Clarice Urun@Simon, 20, berasa sangat terharu setelah diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk Labuan dan mendedikasikan kejayaan tersebut kepada ibu bapanya.

Ditanya rahsia kejayaannya, anak muda itu berkata, dia memilih sesi petang untuk belajar kerana masa itu merupakan masa lapangnya, selain belajar secara berkumpulan.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin, Pencapaian Gred Purata Negeri STPM bagi tahun ini adalah 2.72 meningkat 2.54 berbanding tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 0.18.

Pelajar terbaik keseluruhan, Clarice Urun

Pelajar terbaik keseluruhan, Clarice Urun

 

Tambahnya, SMK Labuan merupakan satu-satunya sekolah menengah di Labuan yang mempunyai kelas tingkatan enam.

“Pada 2017 seramai 120 calon sekolah kerajaan telah menduduki peperiksaan STPM di Labuan dan secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan prestasi pencapaian STPM 2017 bagi Labuan,” ujar Raisin ketika mengumumkan keputusan STPM 2017 bagi Labuan, di sini semalam.

– AH

Tinggalkan komen anda