Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Menang Tanpa Bertanding Kerusi DUN Rantau

By 28 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 28 April (Malaysiaaktif) – Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau, Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan telah disahkan menang tanpa bertanding pada PRU-14 yang telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agos Suyub di Pusat Penamaan Calon, Dewan Seri Rembau tengah hari tadi.

Calon dari Pakatan Harapan mewakili PKR, S. Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon beliau disebabkan kerana gagal membawa bersama Pas Calon seperti disyaratkan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkannya memasuki Pusat Penamaan Calon.

Pihak SPR mengumumkan keputusan pencalonan di Pusat Penamaan Calon, Dewan Seri Rembau, tengah hari tadi.

Pihak SPR mengumumkan keputusan pencalonan di Pusat Penamaan Calon, Dewan Seri Rembau, tengah hari tadi.

Penyokong dan pencadangnya juga tidak dibenarkan memasuki perkarangan dewan itu kerana tidak mempunyai pas perakuan daripada SPR.

DUN N.27 Rantau pada peringkat awal dimaklumkan hanya 2 parti bertanding antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PKR).

Terdahulu, suasana agak tegang apabila S.Streram dan penyokongnya membantah sekatan polis yang tidak membenarkannya memasuki pusat penamaan calon meskipun telah hadir seawal pukul 8.00 pagi.

Penyokong Pakatan Harapan (PKR) Rantau amat kecewa dengan perkembangan yang berlaku setelah sekian lama berkempen untuk bersaing merebut kerusi tersebut daripada penyandangnya pada PRU-14 kali ini.

Salah seorang penyokong dan pengundi DUN Rantau, Samad Said bersyukur dengan kemenangan mudah ‘Tok Mat’ kali ini.

“Walau bagaimanapun kami di Rantau akan tetap keluar mengundi pada 9 Mei ini bagi memastikan kemenangan Parlimen Rembau sekaligus memastikan Barisan Nasional terus kekal di Negeri Sembilan ini”. katanya ketika ditemui diperkarangan Pusat Penamaan Calon.

-SH

Tinggalkan komen anda