Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tinggal Sebatang Kara, Mengharap Kasih Jiran

By 13 April 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan oleh: Fauzrina Bulka / Foto: Azman Jumat & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

 

KOTA BELUD, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Nenek berusia 88 tahun ini dahulunya mengusahakan padi bukit di Kampung Sayap, tetapi kini kehidupan hariannya hanya mengharap kasih jiran selepas berlaku satu kemalangan ke atas dirinya.

Tangan Yumpol kudung akibat kemalangan yang tidak disangka.

Tangan Yumpol kudung akibat kemalangan yang tidak disangka.

Berbicara dengan Yumpol Yasangan perlukan bantuan daripada Pengerusi Komuniti 1Malaysia, Kisoh bin Gembiar kerana dia hanya bertutur dalam bahasa Dusun.

Menurut Kisoh, Yumpol tinggal sebatang kara selepas suaminya meninggal. Tidak dikurniakan cahayamata, Yumpol hanya berharap ihsan daripada jiran untuk memberinya makanan setiap hari.

Kisoh gembira menerima kunjungan ke kampung mereka.

Kisoh gembira menerima kunjungan ke kampung mereka.

“Kemalangan berlaku ketika Yumpol sedang ‘menugal’ atau membuat lubang untuk menanam padi apabila tiba-tiba tanpa disedarinya sebuah batu besar jatuh daripada atas bukit dan menimpa tangan kirinya.

“Dalam suasana panik itu, rakan-rakan yang ada berhampiran segera membawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun tangannya tidak dapat diselamatkan,” ujar Kisoh.

Ibrahim bersama peserta konvoi ketika ingin menyampaikan sumbangan.

Ibrahim bersama peserta konvoi ketika ingin menyampaikan sumbangan.

Katanya juga, mereka sangat gembira menerima kehadiran ramai tetamu daripada Jabatan Penerangan Malaysia yang sudi menjenguk mereka dan juga menghulurkan sumbangan.

“Sememangnya kami merasa bangga terpilih antara banyak kampung yang ada di daerah ini dan kita pastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan seperti ibu tunggal, balu dan Orang Kelainan Upaya.

Laluan yang perlu dilalui oleh peserta konvoi sebelum sampai ke Kampung Sayap.

Laluan yang perlu dilalui oleh peserta konvoi sebelum sampai ke Kampung Sayap.

“Kami juga berharap agar JaPen sudi melawat kami lagi kerana masih ada lagi yang memerlukan dan kita harap sumbangan yang diperoleh dapat dirasai oleh semua,”ujar Kisoh.

Mereka ditemui pagi tadi dalam Program Kembara Jalinan Kasih (KJK) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Penerangan, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman.

5e604bdb-5751-4cb9-892c-f3b075a0cbc6

Menurut Ibrahim, konvoi ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena Program Negaraku: Menghubung Menyatu @ Kota Belud.

“Alhamdulillah bantuan telah selesai diagihkan dan kita berharap bantuan-bantuan tersebut dapat memberikan sedikit kelapangan dalam kehidupan mereka.

“Apa yang lebih penting Kembara Jalinan Kasih ini menjadi satu sentuhan hati kepada mereka yang kebanyakannya tinggal bersendirian, tiada keluarga malah ada yang tinggal jauh daripada jiran.

Antara penerima yang menerima sumbangan di Kampung Sayap.

Antara penerima yang menerima sumbangan di Kampung Sayap.

“Jadi dengan cara ini, gabungan daripada pelbagai agensi sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan mereka kerana ada yang menziarahi rumah mereka dan sedikit sebanyak memberi bantuan.

“InsyaAllah satu hari nanti kita akan datang lagi dan kita akan cuba membaiki rumah yang mereka baiki ini sebagai satu usaha dalam Program Menghubung dan Menyatu,”katanya.

Program tersebut telah disertai oleh 20 kenderaan secara konvoi melibatkan 10  buah keluarga di Kampung Sayap dan Kampung Tengkurus yang telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian, bantuan perubatan serta kewangan.

KJK yang dijalankan di Kampung Tengkurus pula diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Acara kemuncak KJK ialah Kenduri Rakyat yang diadakan secara gotong royong bersama masyarakat setempat di Balai Raya Kampung Tambulion.

Turut serta dalam konvoi tersebut, Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling; Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam; Ketua Penolong Pengarah JaPen, Wasrin Zakaria.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda