Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kayuhan Sempadan Malaysia–Thailand 2026 Tarik Penyertaan Pengayuh Tempatan dan Antarabangsa

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 8 Jun (MalaysiaAktif) – Program Kayuhan Sempadan Malaysia–Thailand 2026 berjaya menghimpunkan ratusan peminat sukan berbasikal dari Malaysia dan Thailand dalam satu acara yang berlangsung di laluan sempadan Pengkalan Hulu, Perak hingga Betong, Thailand.

Laluan tersebut merupakan antara pintu masuk utama yang menghubungkan kedua-dua negara.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu Norhisham Karno, berkata program yang dianjurkan ini adalah bagi mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan persahabatan antara komuniti rentas sempadan serta mempromosikan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.

Antara peserta dari Betong, Thailand.

“Para peserta berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di sepanjang laluan kayuhan sambil menghayati keunikan budaya masyarakat Malaysia dan Thailand. Kayuhan Sempadan Malaysia–Thailand 2026 membuktikan bahawa sukan mampu menjadi medium terbaik dalam menyatukan masyarakat, mengukuhkan persahabatan antarabangsa dan mempromosikan semangat perpaduan tanpa sempadan.

“Penganjuran program ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama serantau khususnya antara daerah Pengkalan Hulu dan bandar Betong yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dari aspek sosial, ekonomi dan pelancongan,” ujarnya ketika berucap dalam majlis perasmian dan pelepasan Kayuhan Sempadan, di Dataran Betong, Thailand kelmarin.

Sementara itu, peserta yang ditemui turut menyifatkan program ini sebagai satu pengalaman yang amat bermakna kerana bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah memberi peluang untuk mengenali budaya serta komuniti di kedua-dua belah sempadan.

-RI

Tinggalkan komen anda