Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

TPM Lulus RM6.5 Juta Untuk Prasarana Daerah Machang

By 4 April 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Sukri Ismail & Azmi Abd Rahman (Machang)

MACHANG, 4 April (Malaysiaaktif) – Majlis sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Machang 1, di sini semalam, disambut lebih 10 ribu penduduk tempatan.

Lawatan ini memberikan manfaat besar kepada rakyat apabila beliau meluluskankan peruntukan sebanyak RM6.5 juta untuk prasarana membaik pulih dan membaiki rumah penduduk miskin.

Sebahagian daripada pengunjung program.

Sebahagian daripada pengunjung program.

Menurut Ahmad Zahid Machang mempunyai potensi yang cukup besar jika dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) kerana sokongan rakyat kepada Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sehubungan itu, beliau begitu teruja melihat kehadiran dan sokongan rakyat kepada Ahmad Jazlan.

Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa BN menggunakan pemimpin untuk memperkuatkan agama bukannya menggunakan agama untuk kepentingan politik, justeru rakyat Kelantan seharusnya tidak mudah percaya kepada dakwaan sebaliknya.

Dalam pada itu beliau menekankan potensi untuk menang memerlukan semangat kekitaan dan perpaduan semua pihak.

Turut hadir Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

-AAS

Tinggalkan komen anda