Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Sambut Hari Ibu, Ramadan Bersama Anak Yatim

By 16 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Hendry Jimin

 

TAWAU, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Dia tidak seperti insan lain, yang punya kenangan menjalani bulan Ramadan bersama keluarga, dikejutkan oleh ibu untuk bersahur atau menikmati makanan yang sedap-sedap ketika berbuka.

Kenangan itu tidak ada yang melekat di mindanya, kerana pemilik Beautyspells Solution ini, Norsidayati Mustari atau Bella kehilangan ibu seawal usia lima tahun, ketika dia belum mengerti tanggungjawab untuk berpuasa.

Bella menumpang kasih anak-anak tahfiz

Bella menumpang kasih anak-anak tahfiz

Di usia 29, pelbagai jatuh bangun sudah dirasainya daripada tidak punya apa-apa, hingga bergelar usahawan berjaya, dan pada hari ibu tahun ini, yang kebetulan disambut beberapa hari sebelum Ramadan, dia meraikannya bersama anak-anak tahfiz di premis miliknya.

“Semua orang meraikan hari ibu, tapi saya pula tidak ada ibu untuk raikan bersama. Jadi saya jemput anak-anak tahfiz dan tumpang kasih sayang sekejap untuk jadi ibu kepada mereka.

“Hari ini juga saya buat pelancaran produk baharu saya iaitu susu kambing Beautyspells, pada saya tidak perlu buat majlis yang ‘glamour’, cukup raikan anak anak tahfiz dan dapat keberkatan dari Allah sebelum masuk bulan mulia Ramadan.

“Sekurang-kurangnya dapatlah juga hulurkan bantuan sedikit untuk anak-anak ini yang juga anak yatim seramai 20 orang,”ujar Bella.

IMG-20180516-WA0006Sesuai dengan sambutan Ramadan, Bella berharap produk baharunya dapat membantu umat Islam untuk menjalani ibadah dengan lebih sempurna.

“Seperti yang kita tahu, susu kambing mempunyai banyak khasiat, apa yang menarik produk saya ini juga mengandungi buah kurma yang dapat menambah tenaga sepanjang beribadah.

“Selain daripada kebaikannya yang dapat melembapkan kulit ia merupakan menu terbaik untuk bersahur dan berbuka puasa.

“Rata-rata yang sudah mencuba susu ini memuji baunya yang wangi, sedap dan tidak terlalu manis, malahan rasa susu kambing pun masih terasa keasliannya, cukup 30 paket sekotak untuk 30 hari berpuasa ,”jelasnya.

Susu kambing untuk membantu menambah tenaga pada bulan Ramadan

Susu kambing untuk membantu menambah tenaga pada bulan Ramadan

Dalam pelancaran tersebut juga, Bella turut menghadiahkan pakej umrah kepada dua orang stokisnya kerana mencapai sasaran jualan.

Sebagai seorang usahawan, Bella turut mengikuti perkembangan politik dan gembira dengan manifesto kerajaan baharu yang menjanjikan ruang kepada golongan belia dan wanita dalam semua sektor kemajuan di Sabah.

“Ini peluang yang baik untuk rakyat terutama belia dan wanita seperti yang kita tahu generasi muda sekarang semakin bijak.

“Jadi mereka harus gunakan kebijaksanaan untuk menjalankan perniagaan disamping menyumbang kepada kebangkitan ekonomi negara.

“Bukan itu sahaja, kerana semakin banyak yang minat berniaga akan semakin banyak peluang pekerjaan,”katanya.

Tambahnya lagi, pastinya bukan sahaja penyediaaan dana untuk perniagaan tetapi juga bimbingan di mana kerajaan sangat peka dengan isu semasa golongan itu yang ingin menceburkan diri tetapi ragu-ragu kerana tiada bimbingan dari golongan tertentu.

-MRR

Tinggalkan komen anda