Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Karnival Jom Bola Meriah

By 16 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ Foto oleh: Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling)

PETALING, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menganjurkan Program Jom Bola Bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo bertempat di Padang MPSJ, Puchong Indah.

WhatsApp Image 2018-07-16 at 3.45.21 PM

Jom Bola merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam mempromosikan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia 2018 melalui paparan skrin “Layar Bistari” secara terus kepada rakyat. Selain itu, persembahan oleh barisan artis Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia juga turut diadakan bermula jam 5.00 petang dan juga di sebelah malam. Balingan bola yang ditandatangani oleh Menteri KKMM kepada pengunjung yang hadir bersama-sama dengan lagenda bola sepak negara seperti P. Ravindran, S.Jayaprakash dan G.Muthu merupakan gimik perasmian sebagai tanda acara Jom Bola dimulakan.

WhatsApp Image 2018-07-16 at 3.45.20 PM

Gobind Singh Deo dalam ucapan perasmiannya berkata, “adalah menjadi hasrat kementerian untuk memperkasakan siaran langsung seumpama ini dalam usaha merevolusikan RTM”.

“Rakyat berkumpul dan hadir untuk satu acara iaitu menonton siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia 2018”, tambah Gobind lagi.

WhatsApp Image 2018-07-16 at 3.45.22 PM (1)

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya pertandingan timbang bola, cabutan bertuah, kuiz bola sepak dan jualan trak makanan di samping pameran kereta yang telah diubahsuai dan dimodifikasi.

Turut hadir, Ng Sze Han, Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor, Ketua Setiausaha KKMM dan Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Perancis berjaya menumpaskan Croatia dengan jaringan 4-2 dan Perancis muncul juara setelah 20 tahun menanti selepas memenanginya pada tahun 1998.

-NAZ

Tinggalkan komen anda