Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Warga UMS Bakal Nikmati Harga Tiket Istimewa MASwings

By 21 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan oleh: Asmidar Zainol/Foto: Johnny K.

 

KOTA KINABALU, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menikmati harga istimewa bagi tambang tiket penerbangan MASwings.

Ketua Pegawai Eksekutif?nya?, Aminuddin Zakaria berkata harga istimewa tersebut berdasarkan Memorandum Persefahaman (M?o?U) di antara syarikat berkenaan dengan UMS yang telah dimeterai pada 11 April lalu.

Aminuddin (depan, kanan) menyampaikan cenderahati kepada Shafie (depan, tengah).

Aminuddin (depan, kanan) menyampaikan cenderahati kepada Shafie (depan, tengah).

“Tawaran harga tiket istimewa ini merupakan diskaun daripada kadar harga biasa ke seluruh Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dan kami jangkakan tawaran tersebut akan dapat dinikmati pada 1 Ogos nanti,”katanya.

Tambah Aminuddin, MASwings dan UMS ?juga? menandatangani M?o?U yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan di negeri ini.

“Sebanyak 10 bidang kerjasama telah dipersetujui dan akan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak.

“Kami gembira kerana UMS telah bersetuju untuk berkerjasama dengan MASwings untuk mencapai usaha-usaha yang telah dirancang,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Logo dan Motto UMS di Pesawat MASwings, di sini? pada Sabtu petang.

Shafie (enam dari kiri) bersama staf UMS dan MASwings bergambar kenangan di hadapan pesawat.

Shafie (enam dari kiri) bersama staf UMS dan MASwings bergambar kenangan di hadapan pesawat.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr D Kamaruddin D Mudin berkata, paparan logo dan motto UMS di badan pesawat MASwings dapat meningkatkan imej korporat universiti berkenaan.

“Pesawat ini akan menggunakan konsep imej, motif dan warna korporat UMS daripada logo rasmi serta motto universiti iaitu ?’?Strive to Excel?’? atau ‘Bertekad Cemerlang’.

“UMS merupakan universiti kedua yang memaparkan nama di badan pesawat penerbangan di Malaysia,”jelasnya.

Antara sinergi strategik yang telah dirangka di antara kedua-dua pihak adalah bidang Mobiliti Pelajar serta Program Internship; Publisiti dan Imej Koporat; Latihan dan Pengembangan; Penyelidikan; Kebudayaan dan Kesenian; Pendidikan; Pelancongan; Khidmat Masyarakat; Kebolehpasaran Graduan; Sukan dan Rekreasi dan Perkhidmatan Penerbangan berteraskan bidang yang bersesuaian dengan syarikat penerbangan.

Pesawat berkenaan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd?.? Shafie Apdal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Hadir sama ?ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Ya?a?cob?; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Datuk Seri Zaki Tun Azmi?;Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

-MRR

Tinggalkan komen anda