Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Jalur Gemilang Gergasi Menyambut Kunjungan KKMJG18

By 8 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan oleh: Muhammad Syafiq Saad
Jurufoto: Muhammad Syafiq Muhammad Razi

 

KUALA NERANG, 8 Ogos (Malaysiaaktif)  – Kehangatan sambutan bulan kebangsaan 2018 terus digelorakan di Daerah Padang Terap. Ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 (KKMJG18) ke Daerah Padang Terap semalam di sambut dengan perarakan Jalur Gemilang gergasi oleh pelajar SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang.

Penyerahan jalur gemilang kepada pihak sekolah, jabatan dan agensi kerajaan

Penyerahan jalur gemilang kepada pihak sekolah, jabatan dan agensi kerajaan

KKMJG ini telah melibatkan sebanyak 15 buah kenderaan dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi beserta 133 orang peserta. KKMJG18 ini telah masuk hari ke 3 pada hari ini iaitu penjelajahannya bermula pada 5hb Ogos 2018 yang lalu dari Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2018-08-08 at 11.48.34

Program sambutan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Fathullah Suhaimi Ismail. Semasa berucap beliau turut merasa gembira apabila Padang Terap telah terpilih  menjadi lokasi persinggahan KKMJG ini, dan turut berharap agar seluruh warga Daerah Padang Terap dapat mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa bukan sahaja di bulan kebangsaan.

WhatsApp Image 2018-08-08 at 11.48.34

Seorang pelajar yang ditemubual, adik Amira Zahariah Roslan,16, “saya amat teruja sekali dengan program pada hari ini dan rasa amat bertuah kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang aman dan tenteram berkat daripada nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini,” ujarnya penuh semangat.

WhatsApp Image 2018-08-08 at 11.48.33

Program ini juga turut di hadiri oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah, Nasruddin Mahmud bersama kakitangan jabatan dan agensi kerajaan daerah Padang Terap, pelajar dan guru SMK Dato Syed Ahmad serta penduduk tempatan.

WhatsApp Image 2018-08-08 at 11.48.46

Tinggalkan komen anda