Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Johor Tunai Janji Manifesto Pakatan Harapan

By 8 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh Mazlin Basir & Noor Hidayah Mohd IzamĀ  (Batu Pahat)

 

BATU PAHAT, 7 Ogos (MalaysiaAktif) ā€“ Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, telah melancarkan Skim Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) yang merupakan antara 10 janji 100 hari Pakatan Harapan Johor.

Bantuan ini adalah khusus untuk golongan warga emas yang berdaftar bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor. Bantuan sebanyak satu ribu sebagai khairat kematian diberi kepada waris yang beragama Islam manakala satu ribu diberi kepada bukan muslim untuk menampung kos pengebumian.

Sebagai permulaan sebanyak 11 Dun akan didaftarkan sebagai Skim Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) iaitu kawasan bagi Ahli-Ahli Jemaah Exco Negeri.

Penyampaian Sumbangan Kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Penyampaian Sumbangan Kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Selain itu, pihak kerajaan Negeri juga membantu Institusi Pengajian Agama seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dengan memperuntukkan sebanyak RM 20 ribu setiap 33 buah sekolah untuk meningkatkan infrastruktur sekolah, ujarnya lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan telah menyampaikan sumbangan Rice4U kepada 81 orangĀ  golongan fakir miskin dalam kawasan PDM Pt Yaani.

Penerima Sumbangan Rice4u

Penerima Sumbangan Rice4u yang disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor.

ā€œBantuan ini adalah keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukanā€, katanya semasa menyampaikan ucapan dalam Program Taklimat Kesedaran Penyakit, Tangan, Kaki dan Mulut.

Program yang dihadiri seramai 2000 orang itu turut menyaksikan Penyerahan Mock Kad kepada kesemua Jemaah Exco Negeri dan Penyerahan Sumbangan Kewangan kepada Sekolah-Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Johor oleh Menteri Besar Johor.

Ahli Jemaah EXCO Negeri Menerima Mock Kad

Ahli Jemaah EXCO Negeri Menerima Mock Kad

Sepasang warga emas berbangsa India, Subramaniam a/l Doresami, 69, dan isterinya berkataĀ  pemberian skim takaful ini adalah satu langkah dan pendekatan yang baik daripada pemimpin kepada masyarakat khususnya buat warga emas. Skim ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam membiayai kos perubatan dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung antaranya Kuiz Kenegaraan yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tahun 1 yang dikelolakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Pameran dari Perbadanan Islam Johor, PIJ Manufacturing Sdn.Bhd dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program yang berlangsung di Dataran Taman Perdagangan Pt Yaani kelmarinĀ  turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor, Zulkifly Mohd Tahir dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Sharif.

  • AA / MRR

Tinggalkan komen anda