Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanBerita TengahHomeJohorPahang

Kehangatan KMJG 2018 Makin Membahang

By 12 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan : Khairun Nadiah dan Nurul Azreen
Foto : Foto KMJG 2018

MERSING 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 (KMJG2018) yang kini memasuki hari kelapan meneruskan perjalan sejauh 137km dari Kuantan ke Mersing merentasi 3 daerah termasuk Pekan, Rompin dan Mersing. Setiap daerah mempamerkan keunikan masing-masing dengan memberikan sambutan yang meriah dan tersendiri.

9BF5979C-2174-427A-9F8F-116DDC221C66

Ketua konvoi, Lim Ann Teck menekankan kepentingan semangat cintakan negara terhadap semua yang hadir memeriahkan sambutan konvoi.

C01DD27B-C36A-484A-8A29-3FAB7E92526D

“Semangat cintakan negara adalah amat penting dan antara cara kita menunjukkan semangat ini adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga,” ujarnya.

43979047-210B-4C20-BDC1-E4257018A099

Konvoi KMJG2018 disambut dengan persembahan silat dan tarian zapin di persinggahan pertama iaitu Pekan, Pahang dan meneruskan perjalanan ke Rompin di mana persembahan deklamasi sajak yang sarat dengan mesej patriotisme telah diperdengarkan. Di ‘pit stop’ terakhir, warga Politeknik Mersing menyambut meriah kedatangan konvoi dengan mengibarkan Jalur Gemilang beramai-ramai.

A076E404-1811-455B-BCDE-D6405BF8D1D8

CE3EF492-B4AC-4247-B6D5-7F94A77ABEC1

Antara acara wajib yang telah diadakan di setiap titik persinggahan ialah penyerahan Jalur Gemilang kepada warga umum dan juga wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan daerah.

Tinggalkan komen anda