Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Ekspresi Kemerdekaan Sayangi Malaysiaku

By 16 Ogos 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto : Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

 

KEPALA BATAS, 16 Ogos (MalaysiaAktif) – “Program sambutan kemerdekaan perlu diadakan supaya generasi muda dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan tanah air, sekaligus sama-sama mengingati jasa perjuangan generasi terdahulu memerdekakan Negara kita dari kuasa penjajah”, kata ADUN Kawasan Bertam, Khaliq Mehtab semasa menyampaikan ucapan Perasmian Program Ekspresi Kemerdekaan Sayangi Malaysiaku di SMK Datuk Haji Abdul Kadir (SMKDHAK), di sini semalam.

Program anjuran MUTIARAfm bersama pihak sekolah tersebut mendapat sambutan meriah daripada pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang begitu teruja menjayakan program sempena menyemarakan lagi Bulan Kebangsaan.

Para pelajar turut mengambil bahagian dengan mengadakan persembahan istimewa iaitu mengabungkan kompang, tarian singa dan silambam, yang  membawa masej kerjasama dan kemakmuran antara tiga kaum utama di Malaysia hidup dengan harmoni dan hormat menghormati.

Kemuncak program dihiasi dengan gimik pelancaran “Tangan-tangan Harapan”, disempurnakan oleh ADUN Kawasan Bertam dengan megecap tapak tangan pada kain rentang berunsurkan jalur gemilang, turut disertai pengetua SMKDHAK, Yusuf Shaari dan barisan tetamu jemputan.

 Khaliq menurunkan tandatangan pada kain rentang "Tangan-Tangan Harapan"

Khaliq menurunkan tandatangan pada kain rentang “Tangan-Tangan Harapan”

Pihak penganjur juga menyediakan pelbagai acara menarik seperti Berbalas Pantun Ekspresi Kemerdekaan, Persembahan KOMBO RTM Pulau Pinang dan lintas langsung konti Radio MUTIARAfm selain memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang penyiaran radio.

Persembahan khas membawa masej tiga kaum utama di Malaysia

Persembahan khas membawa masej tiga kaum utama di Malaysia

-erk

Tinggalkan komen anda