Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sama-sama Jayakan Bulan Hari Kebangsaan – King Wei

By 7 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei, menyeru agar masyarakat bersama-sama menjayakan kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang ini kerana bulan Ogos telah diisytiharkan sebagai Bulan Hari Kebangsaan.

“Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kibarkan Jalur Gemilang dengan sempurna di bangunan-bangunan pejabat, premis-premis perniagaan dan di rumah kita sendiri.

King Wei (kanan) melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak sambil disaksikan oleh Abang Sardon (dua dari kiri).

King Wei (kanan) melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak sambil disaksikan oleh Abang Sardon (dua dari kiri).

“Ini kerana Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan negara dan oleh perlu dikibarkan dengan cara yang betul agar tidak menjejaskan imej negara terutamanya pada pandangan pelancong warga asing,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak 2018 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Lumba Kuda, di sini hari ini.

Guru Besar, SK Lumba Kuda Kuching, John Selvaraj Perumal rasa bersyukur dan terima kasih kerana sekolahnya telah terpilih bagi acara Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas semangat kerjasama oleh 50 orang guru serta ibu bapa dan kakitangan Jabatan Penerangan kerana sangat komited demi menjayakan program ini.

John menunggang kuda sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak 2018.

John menunggang kuda sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak 2018.

“SK Lumba Kuda amat sesuai sekali dipilih sempena pelancaran  ini kerana sekolah ini mempunyai tujuh belas suku kaum berbeza daripada pelbagai suku kaum yang ada di negara ini,” katanya ketika ditemui wartawan.

John menegaskan dalam suasana negara majmuk, kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting bagi menjaminkan kestabilan dan keharmian negara.

“Semangat patriotisme harus dipupuk sejak kecil lagi maka pada pagi ini kita berharap murid-murid di sekolah ini memiliki semangat ‘Sayangi MalaysiaKu’ dan hidup dalam suasana harmoni, serta kasih dan saying kepada negara,” tambahnya.

Turut hadir Pengarah Penerangan Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim, dan Pegawai Pelajaran Daerah Kuching, Kamariah Said.

-SH

Tinggalkan komen anda