Skip to main content
Home

IKM Sik Suntik Semangat Merdeka Dalam Kalangan Belia

By 7 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Fasharina Kholil (Sik)

SIK, 07 Ogos (Malaysiaaktif) – “Erti kemerdekaan ini perlu dihayati dan difahami oleh semua terutamanya generasi muda agar mereka tidak melupakan jasa dan pengorbanan pejuang tanah air terdahulu. Merdeka bukan sekadar mengibarkan bendera bahkan ianya lebih daripada itu, ” demikian antara ucapan Pengarah Institut Kemahiran MARA (IKM) Sik, Tuan Hj Idris Hj Alias, ketika merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat IKM Sik, di sini Ahad lalu.

WhatsApp Image 2018-08-07 at 13.21.28 (1)

Jelasnya lagi, bersempena dengan bulan Ogos ini juga pelbagai aktiviti serta program akan dilaksanakan oleh IKM Sik bagi meningkatkan lagi kesedaran serta penghayatan Bulan Kebangsaan ini.

“Lagu-lagu hari kemerdekaan dan patriotik juga akan dipasang pada setiap pagi bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan pelajar-pelajar IKM,” ujarnya lagi.

Dalam majlis yang sama, Tuan Hj Idris turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua program dan jabatan di IKM Sik.

Sementara itu, menurut Pensyarah Pengajian Malaysia, Sandakiah Bakar, program Sambutan Hari Kebangsaan untuk generasi muda hari ini perlu lebih kepada kaedah dan pendekatan baru . Namun begitu, turut diselitkan bersama kaedah lama.

WhatsApp Image 2018-08-07 at 13.21.28

“Pendekatan baru contohnya program Fun Walk Merdeka, Konvoi Merdeka, Parody Merdeka, Tik Tok Merdeka dan lain-lain yang dirasakan bersesuaian dengan generasi muda kini,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, generasi muda hari ini lebih suka kepada aktiviti yang membolehkan mereka menggunakan telefon pintar dan aplikasi media sosial.

WhatsApp Image 2018-08-07 at 13.21.27

“Kaedah lama tetap tidak dilupakan seperti pertandingan sudut kemerdekaan, kibarkan Jalur Gemilang, Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik masih lagi relevan bagi membangkitkan semangat patriotik dalam diri mereka,” jelas Sandakiah lagi.

Ujar Sandakiah lagi, generasi muda seharusnya bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati pada hari ini dan berusaha untuk terus mengekalkannya. Sebagai pelajar, adalah menjadi kewajipan mereka untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita di samping memajukan diri, keluarga, bangsa dan juga agama.

Tinggalkan komen anda